Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 21, 2019

Iftar#15 Sagu gula melaka

 Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 16. sekejap jer dah seperuh bulan kita berpuasa.. malam tadi terawih pun dah stat baca doa qunut masa witir dan seperti biasa jemaah makin berkurangan terutamanya bahagian wanita... apa lagi hujan sepanjang petang hingga ke malamnya... mungkin ramai yang memilih untuk buat terawih dirumah saja kan.. dan tukang masak ni dah pening nak sediakan menu berbuka. kalau ada permintaan dari tukang makan jadi mudahlah nak sediakannya. sagu gula melaka yang pasti tiap kali puasa mesti ada jadi juadah berbuka kami petang semalam..

 kali kedua dalam bulan puasa ni buat masak lemak telor itik ni.. lebihan telo yang kak rose beli dari kawan tu, tak leh nak simpan lama2 kan... dan kali ni campurkan dengan peria yang kak rose rendamkan dalam air garam dulu, so tak lah pahit gulai tolo itik tu. lawankan dengan ikan masin gelama yang belah tu... wallllahhhh... pukul sepuluh malam pun laju jer nyuapnya dek ikan masin tu!

 lama dah nak makan kerabu selom dengan togeh ni.. kebetulan semalam singgah kedai runcit ternampak daun selom yang segar2 ni. tapi togeh pulak tak berapa nak cantik, bila siang buang ekor tu, lebih banyak yang terbuang dari yang eloknya. Alhamdulillah, dapat jugak merasa nak makan kerabu ni.

stok buah yang bermacam2. kalau en asben yang beli buah memang macam nak bukak kedai dibuatnya...punyalah banyak mangga yang bawak balik dari kampung tu tak termakan lagi, dia beli pulak golden lily mangga ni. tapi tukang masak ni suka jer kalau ada baaaaanyak stok buah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

4 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

hehehe.. sambil masak boleh ratah buah.. tapi jangan terlupa plak tengah puasa, hehehe

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kuih sagu Tu yg terliur ๐Ÿ˜‹๐Ÿคค

Kak Rose said...

SK, kalau tak puasa memang asik la ngap buah tu!

Kak Rose said...

Yatie, dessert mesti masa bulan puasa ni!