Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 30, 2019

Daulat Tuanku

Pertabalan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ke 16



Monday, July 29, 2019

Bubur kacang durian


 musim durian yang sangat banyak sekarang ni kan..merata2 ada jual durian... pilih jer nak yang mahal ker murah semua ada... bila beli tu mesti ada yang tak terhabis makan... so kita buat lah bubur kacang cam ni. boleh makan berulang ulang sampai jemu. tak habis bubur kacang ni boleh frozenkan, nanti nak makan just reheat dan bubur kacang pun dah ready.. tak perlu nak bersusah memasak lagi kan...


resepi ni ak rose copy dari blog CMG, tapi kak rose buat dua cawan kacang jer.. so pepandailah nak adjust resepi ni untuk suaikan dengan jumlah kacang tu...
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 liter santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya (kak rose suka letak lebih durian tu... sedappp)
1/2 camca teh garam
Air secukupnya
Gula jika perlu
Biskut atau roti untuk dimakan bersama bubur kacang nanti


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (kalau guna periuk tekanan tak perlu rendam, cuma perlu rebus 5 - 7 minit atau ikut buku panduan periuk tekanan masing2). Masukkan daun pandan, durian dan air gula tadi. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  2. Tuang santan. Masukkan garam. kacau dan masak hingga mendidih, jika anda suka bubur kacang yang cair, boleh tambah sedikit lagi air dan biar mendidih. Rasa dan jika anda rasa kurang manis, anda bole tambah gula pasir. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama roti atau biskut...sedap juga dimakan sejuk...hmmmm..

Saturday, July 27, 2019

Snacking time lagi...

Snacking time a ka tea time a ka dinner kak rose...

 memalam emang jarang makan yang berat2... so cam ni pun boleh kenyang dah.. sweet n chocolatey!

 
 ni karipap oksigen namanya... bila beli memang payah nak dapat yang menepati citarasa.. apa lagi banyak angin jer isi dalam tu.. apa pun mudah kerja tukang masak, cuma nak goreng jer kan... jangan banyak complaint pulak lah!


 ni pun lemang beli, tapi macam kukus jer rupanya. batang buluh tu tak de sedikit pun kesan bakar dan lemang pun sangat sticky, tak de rasa lemak santan pun. rendang ayamnya pulak tersangat lah pedasnya... memang no no lah kak rose nak makan.

 goreng pisang tanduk yang best... sebakul pun boleh habis untuk kami berdua...

 
 tuna panini ni memang pebret lah... sedap lah kat tekak kami.

 
 ha... yang ni home made karipap... montok2 dan gumuks2. baru puas makan kan..

 goreng pisang lagi... pisang hybrid yang besar gedabak beli kat kebun komuniti... manis dan tak lembik bila dah goreng.

 goreng keladi pulak... potong kecik2, rebus sekejap baru lah goreng... style arwah emak bila nak goreng keladi... Al-Fatihah buat emak. dan yang paling best, ciciah sambal kicap tuh!

store bought samosa kentang... beli kat Az-Zain Mart... kedai peneraju product halal. so beli dan makan tanpa was was gitu!

another store bought, karipap inti kentang dan daging .. juga dari Az-Zain.

Friday, July 26, 2019

Doa yg mudah untuk dihafal..

Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari…

perkongsian dari rakan fb, kak rose sharekan kat sini, semuga bermanafaat buat semua..

Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksudnya

Selain doa dalam bahasa Arab, kita juga boleh berdoa sekadarnya dalam bahasa Melayu. Di sini kami kumpulkan ayat-ayat doa selepas solat yang boleh dijadikan amalan beserta maksudnya. Semoga ia lebih difahami, mudah diingati, dan dapat dihayati sepenuhnya.











Thursday, July 25, 2019

Jom makan buah...

tak de durian, buah lain pun boleh jer....
buah apa pun, semua boleh ngap!...












Tuesday, July 23, 2019

beli lagi dan buat lagi...

Salam selasa buat semua...

 bila kerja memasak nak yang mudah2 jer, makan kita beli jer yang ready made cami, yang penting ada chop halal kat packaging tu... balik rumah tinggal nak masak kuah sup ker, tomyam ker... boleh jer kan... dan kali ni kak rose buat kuah tomyam yang from stratch sebab paste tomyam yang home made tu dah kehabisan... so tom yam kali ni clear jer kuahnya sebab guna dua biji cili api yang diketuk jer... tak pedas baru lah puas makan dan  hirup kuah tu kan..

dah siap dah tomyam bodo 2 kak rose ni... mix bebola seafood dalam pack tu sangat memudahkan kerja tukang masak yang tak berapa nak rajin ni... kawan2 jangan ikut macam kak rose ya...

Monday, July 22, 2019

Makan2 semalam...

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menyedut udara segar pagi ini... apa pun yang kena hadapi, redha dan bersyukur dengan keadaan ini... dan kawasan kak rose ni sering sangat ada gangguan air tak berjadual... memang selalu off guard bila kita lambat dapat info tentang gangguan air ni.. bila bangun pagi ni memang dah kering lah paip tu... huhu. kepada yang menyebabkan pencemaran tu tak ada kah rasa belas kepada kami yang asik terganggu jer bekalan air tu kan?... ni kali kedua dalam masa seminggu mendapat perkhabaran begini... harap tak lama lah dan bekalan akan pulih seperti biasa.. Aamiin.

 semalam kak rose dan seorang kawan ikut en asben ke KL sebab ade kerja katanya... ni lah peluang kak rose nak g meronda di jalan TAR sementara dia buat kerja. dan sebelum tu g lah makan dulu di cafe lanai ni... cafe untuk kakitangan, jadi harga pun sangat lah untuk kakitangan dengan service yang sangat tip top gitu...orange and ambra juice yang nyaman dihari yang panas!

 ni pebret kak rose lah... koey teow kung fu chow yin yong nama diberi. the portion is sooooo banyak, tapi sebab sedap sangat, habis lah jugak kak rose makan... lagi pun makan dah lewat dan bekpes pun 2 keping roti jer pagi tu... so kira ok la kan... sebenarnya cuma nak memaafkan diri sendiri sbb makan banyak kan?... apa 2 je lah..

 nasi goreng ni en asben punya... pun sangat beso portionnya dengan a quarter chicken goreng, telo mata, sambal belacan, keropok dan sup... memang tak terhabis lah ayam goreng tu!

dan yang ni memang forever pebret drink kak rose lah... soursop juice yang pekat macam smoothie. sedap sangat... dan pagi ni disebabkan tak de air tak dapat lah nak ber lenggang mak limah untuk bakar balik calories yang dah banyak menepek tu... camner nak mandi nanti kan? 😝😝

Friday, July 19, 2019

Mee udang sedap

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari
semuga kita semua dalam lindungan dan RahmatNya....

 mee udang yang telah berkali2 kak rose buat, dan menggunakan resepi yang sama ni memang tak pernah menjemukan buat keluarga kecil kami..dan yang bestnya mee udang ni menggunakan spaghetti sebagai bahan asasnya... pernah cuba untuk guna mee kuning, tapi rasa memang berbeza dan spaghetti jugak yang jadi pilihan kami... berkali2 buat pun tak jemu dan yang bestnya bila buat sendiri ni, boleh makan berulang... kak rose la tu kan..😜

meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi... mekasih tuan punya resepi, Ros yang bermastautin nun jauh di Osaka Jepun...

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti  (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose letak sawi)
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya (pun tak de)
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spaghetti dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan.  

Wednesday, July 17, 2019

Tuesday, July 16, 2019

Koey teow goreng

Asalamualaikum dan salam selasa buat semua..

 sesekali rasa teringin nak makan koey teow yang masak sendiri punya... so gagahkan diri pergi membeli segala mak neneknya.. teringin nak yang bubuh kerang tu, tapi apakan daya udang jer yang ada, so be it la kan... taruk udang pun sedap gak. sendiri masak dan sendiri makan, buatlah apa yang rasa tekak kita nak... dan goreng cam ni pun boleh bertambah2 makan... hihi

Bahan2:

  • 400g kuey teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka, kak rose suka banyak2
  • Sedikit daun kucai
  • 3 biji telur
  • Udang secukupnya
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan udang dan gorengkan sebentar
  2. Pecahkan 2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama (masukkan garam dan perasa jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan rasa dan masukkan tauge dan daun kucai, kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk dihidangkan

Monday, July 15, 2019

Lontong, my pebret

Asalamualaikum dan salam isnin yang ceria...

 Alhamdulillah, dapat juga nak mengupdate dapo maya kak rose yang dah beberapa hari terbiar tanpa ada entry baru...sebenarnya a bit bz dengan keluarga dan kawan2 kat sini... hari selasa tu pulak dapat khabar yang mak cik kak rose kat kampung sakit dan warded... so pagi khamis kak rose balik kampung naik bas sebab en asben kerja dan tak dapat balik sama.. kak rose terus jer ke hospital dimana makcik warded dan seterusnya bermalam disepital... menggantikan another mak cik yang jaga kat sepital tu... kak rose bergilir dengan adik menjaga makcik yang admitted tu hinggalah discharge pada hari sabtu nya..Alhamdulillah.. semuga mak yah terus diberikan kesihatan yang baik. Aamiin.

 jadi dapo maya pun terbiarlah.. dan lontong ni kak rose masak sebelum balik kampung tu..kak rose suka makan lontong dengan kuah lodeh dan sambal tumis jer, dan ada rendang daging leftover tu kak rose panaskan dan dapatlah menikmatinya bersama2 lontong pebret ni... nasik impit tu kak rose rebus guna periuk noxxa, dah ikut cara2 yang dibagi, tapi entah dimana silapnya tak jadi gemuk montok2 lak..😥masa ni lah dia x mau menjadi.. huhu. pernah rebus dan cantik jer kejadiannya.

satu kuali kuah lodeh kak rose buat... lepas makan dengan nasi impit, kak rose suka meratah jer sayur2 dalam kuah tu..memang pebret sungguh lah dengan lontong cam ni. masak banyak2 dan boleh lah makan berulang2.. seharian makan ni jer pun tak per buat kak rose... but not en asben... sekali jer dia makan dan tak nak dah... jadilah kak rose tukang perabis, dan pas tu gaduh bila naik ke weighing scale. masa makan tak mau ingat, tak guna lah nak gaduh2 dengan diri sendiri kan...😜😜