Salam 1 Zulkaedah dan berakhirlah bulan mulia yang kita raikan selama sebulan..
dan baru berkesempatan nak jugak tepek kat dapo maya kak rose menu berbuka puasa enam kak rose.. cuma kak rose sorang saja yang berpuasa enam, so menu berbuka pun yang sempoi2 jer.. ikut tekak sendiri lah kan.. yang pasti ada dalam menu tu cuma buah dan air teh o suam2...
homemade karipap inti daging, mixed fruits dan air teh o.. makan buah banyak2 karipap mampu makan 2 biji jer, selebihnya sambung masa sahur...
keropok leko dari rumah MIL, beef lasagna beli dari SK dan jambu batu+asam pakchu sangat sedap!
mangga manis pemberian MIL, apam nasi cicah kelapa dan air teh o jugak..
marina tempura ciciah cili sos, red melon dan nescafe o kosong.. en asben balik awal so boleh lah bergader2 teman berbuka...
marble cake, yello melon+limau, karipap dan teh o jer... Alhamdulillah selesai puasa enam kak rose pada pertengahan raya...dan selepas tu memang raya sakan lah.. back to back open house hingga ke hujung syawal.
No comments:
Post a Comment