Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 17, 2018

Tuesday, October 16, 2018

Kerabu mangga ala Thai

hmmmm...nyum nyum

 terima kasih pada kawan yang bagi buah mangga yang masih mengkal... walaupun hampir masak tapi bila kupas masih segar keras crunchy... tu yang dapat idea nak buat kerabu ni, sementelah lain2 bahan pun ada dalam fridge. tak de la nak rajin menghiris halus mangga tu, kak rose guna sagat untuk meracik mangga ni. mudahkan... jom tengok resepinya. tq CMG, kongsikan.

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buang bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
 
 

Monday, October 15, 2018

lempeng tanpa telur

 bila kehabisan telur dan memang tak de kerajinan nak g membelinya... so buat lempeng dengan apa yang ada kat dapur je la jawapnya. kisahnya sambal tumis dah siap untuk cicah lempeng, tapi bila bukak fridge sebiji telo pun tak de. ilek pucek! gigihlah tanya cik google resepi lempeng yang tak guna telur ni... dan cik google yang baik hati bawak kak rose ke sini.... maka jadilah lempeng tanpa telur cicah dengan sambal tumis untuk bawak g mengaji Al-Kahfi pagi jumaat lepas..

 jom tengok resepinya...

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sudu minyak masak. (ambo guna minyak zaitun)
1 sudu teh garam


cara :-

* adun je semua bahan.
* siapkan kuali. panaskan kuali. sapu minyak ikut kreativiti memasing
* masukkan 2 sudu besar adunan tadi
* masak dengan penuh kasih sayang dan cinta

Alhamdulillah, walaupun lempeng bodo2 jer, tapi sekejap jer dah kosong tupperware kak rose ni... dan sambal tumis yang masih berbaki, ada pulak yang mintak tapau bawak balik. Syukur Alhamdulillah, kongsi kongsi rezeki yang dimasak dengan penuh kasih sayang buat kawan2 semua....😍😍

Sunday, October 14, 2018

Mari tengok keputusannya....

bila buat medical check-up lepas makan nasik lemak dan minum sirap!

 ni kisah minggu lepas masa ade program komuniti kat kawasan perumahan kak rose ni... so adalah booth untuk check gula n kolesterol... tapi sayang yang dari klinik kerajaan cuma untuk 50 orang  saja untuk buat check-up tu... so yang selebihnya kena lah g pada klinik persendirian dan dikenakan bayaran sepoloh hengget untuk buat check-up... kak rose buat check-up lepas makan nasik lemak sebungkus dan jugak minum air sirap yang disediakan untuk program tu...dan ini lah keputusan untuk hari itu...
total cholesterol tu dah better than early this year punya result. Alhamdulillah
gula dalam darah tu pulak nampak tinggi, sbb baru lepas makan nasik lemak kan...
awal tahun punya dengan fasting result ialah 4.8mmol, harap tak lah naik lagi pulak!

my bp... as always lah... tinggi sesaja! kena bertambah rajin berbrisk walk lah pepagi hari... susu omega dan oats jangan lupa pulak...

tapi minggu ni cuma sekali saja dapat capai target 10k steps tu.... hari2 lain cuma about 6++k steps saja dalam masa sejam berlenggang mak limah. tapi kalau campur yang kita dok berjalan kedepan kebelakang tu sudah pastilah hari2 pun melebihi target kan... ya lah asik berulang kedapo jer kojenya! berjalan sejauh itu pun cuma boleh bakar calories untuk 2 biji karipap sadin 😭😭


Saturday, October 13, 2018

Cokelat chips muffin


 bila buntu tak tau nak bawak kuih apa untuk mengaji petang hari, maka terjadilah muffin yang paling mudah disediakan ni. kadang tu kalau dah vitamin m banyak sangat melanda, goreng keropok pun jadilah... untuk santapan lepas mengaji sambil gebang2 petang... camner lah nak keeping fit, kalau asik ade jer kawan2 yang bawak kuih sedap2... tak mampu nak tengok jer kan..

 buat satu adunan dan dapatlah 14 buji muffin yang beso2 ni.... makan sebiji dah boleh kenyang!

jangan rebut2... cukup untuk geng mengaji kita... resepi boleh tengok kat sini ya..

Friday, October 12, 2018

Sekolah sihat..

perkongsian dari fb yang menarik untuk diikuti, mungkin sedikit payah untuk memulakan... tapi kalau kita berusaha kearahnya,pasti tak de yang mustahil kan...semuga memberi menafaat buat kita semua....

SEKOLAH SIHAT
.
1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke Kanan, dalam Gelap pekat dan Pernafasan melalui hidung.
.
2. Tiada gula. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.
.
Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
Beras basmathi.
Tiada tepung dan gandum.
.
Banyakkan sayur dan buah buahan.
.
3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.
.
4. Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.
.
5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.
.
Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Senin dan Khamid. Dua hari itu puasa.
.
6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.
.
7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.
.
8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daum mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.
.
9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat an taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.
.
10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
.
11. Bersyukur. Redha dan Bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
.
12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.
.
13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.


jom jom kita ikut seperti yang disarankan....
kredit fb Roslan Ab Hamid

Thursday, October 11, 2018

Samsung lagi...

Welcome to the household, Samsung Galaxy Note9

lepas guna ipong6s, dan pas tu guna pulak j7pro, dia beli yang ni pulak... berapa banyak tepon nak guna dah! tapi ipong tu sbb bateri dia bermasaalah... agaknya overused kot...ya lah tak pernah berenggang dari tangan kan. cepat sangat drain. dah tukar pun masih tak puas ati... pas tu baru jer guna j7pro yang dapat free dengan maxis renewal plan tu. dah dia  beli yang ni pulak! anak oh anak... kehendak selalu mengatasi priority. kalau mama lah, tak kan berganti selagi boleh guna kan... kedekut sungguh mama ni. hihi

harap2 boleh bertahan dengan yang ni.... tapi tak tahu lah lama mana boleh bertahan dengan yang ni...

Wednesday, October 10, 2018

Kuey teow ladna

tiga kedai, tiga rasa, tiga harga...



😋😋😋

Tuesday, October 9, 2018

Bening betik sempoi...


bening betik yang sempoi yang sangat menyihatkan... dengan bahan yang sangat minima, jadilah sayur yang sedap dan menyihatkan ini. tapi kak rose makan meratah jer, tanpa nasik sebab sayur ni kak rose sorang jer yang makan... maka lagi lah menyihatkan kan..tapi kalau meratah pun sampai habis dua mangkuk ni agaknya masih kira menyihatkan tak??? aiayaaaa... lu pikir la sendiri! nak tengok resepi simple ni, jom... tq CMG kongsi resepinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam (kak rose tak bubuh, guna kiub jer)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh penuh lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat (x de stok lak...)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulitnya, buang biji dan belah pada beberapa bahagian. Kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis (toskan), kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan betik, daun kunyit dan lada hitam. Masak hingga betik lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja..

Monday, October 8, 2018

Karipap

 buat karipap dengan doh yang tak perlu nak uli ni... sejak tangan kena carpal tunnel syndrom tu memang tak buat dah kuih2 yang kena uli.. apa lagi yang uli guna tangan... tapi beli noxxa bm pun macam jadi tukun jer... masih tak ade vitamin r untuk nak buat roti yang banyak kena uli tu... so buat karipap ni guna resepi dari Maz yang tak perlukan menguli beriya, boleh terus canai dan guna untuk buat karipap ni. jadilah karipap yang bermacam bentuk dan saiz ni...yang penting inti kentang dan ayam tu penuh dan gemuks gemuks jadinya!

Bahan-bahan

2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya

Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap. isikan inti secukupnya dan tuutp kemas... kak rose punya banyak yang terlebih isi, gemuk2 dan ade jugak yang terbukak kelimnya!

Sunday, October 7, 2018

Air sirap buah kabung

 sedap jer dapat minum dihari yang panas ni....buah kabung yang besar besar buah tangan dari penang, dicampur dengan sirap ros dan sedikit gula... tambahkan air dan  ketulan ais. nyaman seh!

bergelas2 boleh minum ni.... tapi tak leh ngadu sakit tekak esok pagi sbb minum air sejuk ni!

Saturday, October 6, 2018

Jejak kasih kita ii

Pertemuan jejak kasih yang sangat manis untuk dikenang sampai bila bila....

September 2017 Kuala Terengganu

September 2018,  Kuala Lumpur...kami masih tetap sama seperti yang dulu... tapi mungkin saiz dah berubah kot? 😳😳

setelah setahun berlalu, kami kami berusaha meluangkan masa untuk bertemu berjejak kasih kembali... bukan mudah untuk emak2 nak tinggalkan keluarga just untuk bersama bekas rakan sekerja yang telah lama terpisah... memasing diutara, selatan timur dan barat dan bersatu di KL


 dihari persandingan anak  salah seorang dari kami... 

tiba masa untuk berpisah... TBS memisahkan kita untuk meneruskan destinasi memasing untuk kepangkuan keluarga semula... dan yang tinggal ialah kenangan terindah yang membuat kan kak rose tersenyum sorang dalam komuter waktu perjalanan balik ke Shah Alam..

Friday, October 5, 2018

Jangan tinggalkan...

Asalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari..



Jangan tinggalkan, peringatan untuk diri sendiri yang sering terlupa, terutamanya!... perkongsian dari grup whatapps, yang baik kak rose kongsikan kat sini... semuga memberi manafaat buat semua. Insya Allah.

Thursday, October 4, 2018

Congo bars

Asalamualaikum dan salam Khamis..

 wahai vitamin R, datang lah dikau.... tuan tanah ni semakin tak rajin nak mengupdate rumah maya ni. kesian dia kan... yang sebenarnya masak pun seadanya jer sbb tukang makan pun tak dekat rumah... tu yang lagi tambah menjauhkan vitamin r kak rose tu... huhu... ni buat congo bars ni pun sbb nak bawak g mengaji dengan kawan2... ada lah jugak yang nak tolong abeskan. terima kasih kawan2 yang sudi merasa dan tapau bakinya... jom tengok resepinya..

 bahan2nya:

2 cawan gula perang
2/3 cawan mentega masin

pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata

2 1/2 cawan tepung
2 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam

2 cawan chocolate chips


gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...masukkan chocolate chips
gaul sebati...
ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...
bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...
bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya...lembut gitu...:)

bakar lebih 30 minit kalau nak bahangian tengah tu masak betul ...
anda boleh tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...
selamat mencuba...

Wednesday, October 3, 2018

Snacking time...

koleksi menu dinner kak rose yang sempoi...

 marina tempura bersama teh o panas

 pisang tanduk goreng ciciah sambal kicap dan potato wedges ciciah cili sos

 ubi goreng ciciah sambal kicap jawa

 french fries, cili sos dan nescafe o kosong

 nasi impit dengan kuah kacang dan rendang daging

 pulut kukus dan rendang daging

keropok lekor wif cili sos..

pulut kukus dan kuah durian... semuanya untuk menambah lemak yang memang dah sedia banyak!

Monday, October 1, 2018

Apam balik..

Asalamualaikum dan salam Oktober...

 buat kawan2 yang suka merajinkan diri didapo, boleh lah buat apam balik mudah ni untuk minum petang nanti...makan hangat2 bersama secawan teh o dipetang hari memang nyaman sekali... apa lagi yang dibuat dengan penuh kasih sayang untuk keluarga, pasti bertambah nikmatnya kan... tapi yang ni kak rose buat untuk bawak sebagai buah tangan untuk bacaan Surah Al-Kahfi pagi hari jumaat tu. sempat lagi pagi hari mengodek untuk pot luck ni.. kak rose sertakan resepinya kat bawah ya..


bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)
Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

Sunday, September 30, 2018

Bila ade kerajinan


 ya. bila ade kerajinan, walaupun seminggu sekali jer memasak nasi... tapi still ade lah jugak kerajinan tu kan.... sebabnya M tu terlampau banyak sangat bertakhta didalam diri, tak dapat lah nak nolongnya. yang sebenarnya kerajinan nak masak tu bila ade permintaan jer... maklumlah malam2 tukang makan tak mo makan nasi sbb dah lunch kat office, jd malam nak kan yang ringan2 jer... cekodok jer pun jadi... senang lah tukang masak kan.... tapi sesekali bila ade kerajinan maka jadilah sayur udang goreng sambal bersama kacang panjang ni... sedap bak hang!

dan jugak kari ayam yang pekat kaw kaw ni... boleh bertambah nasik dibuatnya... sekali sekala ok la kan... lepas tu kenalah rajin2 g berbrisk walk tu...

target achived. tapi 10k steps pun tak dapat nak membakar calories sepinggan nasik dengan lauk yang kat atas tu...😭😭

Saturday, September 29, 2018

Tak Rela

mengimabu kenangan...


berulang kali mendengarnya, masih tak jemu...
tak rela oleh Allahyarham Ahmad Jais



Usahlah kau menggoda
 Usahlah kau merayu
 Hatiku tak kan tergoda
Tangisanmu hanya palsu

 Dulu kita bercinta
 Berjanji kan setia
 Tapi aku yang derita
 Kau pergi memburu harta

 Setelah kau tak jaya
 Memikat hatinya
 Kini kau bermohon
 Kembali padaku

 Walaupun kau ku cinta
 Walaupun kau ku puja
 Tapi kerna kau ternoda
 Tak rela kau ku terima



Friday, September 28, 2018

Pagi Jumaat minggu lepas...

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

 Salam Al-Kahfi dari tuan tanah pada pagi jumaat ini. semuga semua dalam lindungan dan rahmat Allah selalu hendaknya. nak jugak kongsikan kat sini kisah jumaat minggu lepas ni. rasanya dah laaaamaaa sangat tak buat bacaan Surah Al-Kahfi kat rumah kak rose ni... jadi nya kak rose pun mintak lah dengan ketua muslimat tapi slot dah penuh booking hingga tiga minggu kedepan. tetapi tetiba yang dah book untuk slot minggu lepas tu tak dapat nak buat, so ketua  muslimat pun offer kat kak rose. Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya walaupun petang tu kak rose ade gader2 di KL dengan kawan2 yang datang dari jauh, dari kuala terengganu, temerloh, port dickson, penang, tanjung malim dan jugak yang masih menetap di KL... terima kasih pada kawan2 mengaji yang tolong kemas basuh pinggan mangkuk tu...

 dengan short notice, kak rose cuma dapat sediakan  lontong dengan sambal tumis jer... sebahagian nasik impit home made yang belum dipotong..

 seperiuk beso kuah lodeh dengan sayur kacang panjang, kobis cina, carrot, sengkuang, tempe, soon, tauhu fucuk, udang dan jugak udang kering.

sekuali sambal tumis dengan udang kering je.

 sejemput lontong yang sempat kak rose makan pagi tu... Alhamdulillah semua habis licin. senang kak rose nak kemas sbb nak tinggalkan rumah hingga ahad baru balik... so memang semua nak kena clearkan lah..

 kawan2 yang datang untuk bacaan Surah Al-Kahfi pagi tu..

 duduk pun kena berlapis2 sbb ruang yang sempit...

 terima kasih pada kak Som yang selalu jadi photographer kami..

 kak belakang tuan tanah tu meja penuh dengan kuih2 potluck yang dibawa oleh kawan2... segala macam kuih ada, pilih jer yang mana berkenan dihati. so tuan tanah kena sediakan plastik untuk tapau kuih2 tu... Alhamdulillah... sama2 abeskan semuanya, so tak lah membazir kan..

sebahagian pinggan mangkuk dan cawan yang kawan2 mengaji tolong basuhkan. nasib baik ada mangkuk pakai buang kan... lebih memudahkan tugas kak rose. tapi mohon maaf banyak2 lah pada kawan2 sbb kena makan lontong dalam mangkuk plastik... lepas habis jer kemas, terus zasss naik komuter ke KL pulak untuk bersama2 kawan yg datang dari jauh tu...


 by 12.30 dah sampai KL Sentral... tunggu kawan yang akan sampai dari port dickson pulak...