Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 7, 2018

Kuih hari jumaat kak rose..

Asalamualaikum dan salam Jumaat..

kadang kadang dah buntu nak buat apa untuk pot luck g mngaji.  so ini antara yang kak rose buat untuk bawak g mengaji Surah Al-Kahfi pada tiap pagi jumaat... buat pun yang mudah2 jer, maklumlah mengaji awal pagi, jadi mana yang mudah untuk disiapkan jer la kan.. dan yang sebenarnya itu jer pun yang boleh buatnya. keras tangan dan banyak sangat vit m tu yang tak boleh nak nolong.. tapi apa pun, kuih kuih yang home made ni memang jadi pilihan lah instead of yang beli kan..

 kacang kuda pun boleh gak...memula tu nak buat yang bersira tu, tapi....

 apam balik pun mudah dan cepat jer nak sediakan pepagi hari tu..tak sempat pulak nak posing dalam tipuware hijau kak rose tu... hihi

 kuih ketayap pun antara yang mudah disiapkan... asalkan saja sediakan inti tu siap2.. so pagi hari tinggal nak meloyangkan kulit dan gulung... buat satu adunan 2 cawan tepung tu dapatlah 14 gulung ni...

fillet ayam dan kacang panjang goreng bercili pun boleh gak jadi bahan pot luck. kebetulan tanya kawan yang jadi host tu nak masak nasik lemak untuk hidangan pagi tu... so ni boleh lah tambah untuk buat lauk makan nasik lemak tu kan..Alhamdulillah habis semuanya...

2 comments:

JAMIL HASHIM said...

sedap sedap sedapnya akak...

Norlaili A Wahab said...

Sedapnya menu pot luck. Seronok sharing sharing gini kan 😁