Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 6, 2018

Bubur nasi a la mcd

Asalamualaikum dan salam khamis..

 buat bubur nasi ni sebab ade orang sakit mulut... pecah bibir dan susah nak makan... so mintak buatkan bubur ni... maka tukang buat pun tumpang makan sekali lah.. bermangkuk2 pulak tu. maklumlah sedap. walaupun tak cukup dayang pengiringnya. daun sup dan daun bawang pun tak de tapi tetap laju jer nyuapnya. sambal kicap pun tak buat!

meh tengok resepi bubur yang dah banyak kali buat ni...

Bahan-bahan


  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2 
  • bawang goreng, kacang goreng dan ikan bilis goreng 
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

4 comments:

Amanda Suria said...

Sedapnyaaa..nak masak macam ni la..kebetulan tengah tak sihat

ajwa said...

Assalamualaikum

Hmmmm....sedapnya. my feveret ni.

Kak Rose said...

Amanda, semuga cepat sembuh ya..

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Ajwa, sesekali masak bubur ni, mmg sedap lah kan..