Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 27, 2013

Serunding kelapa udang kering

bila rasa teringin nak makan pulut serunding, kenalah buat serundingnya dulu kan...dan bila dah lama tak beli kelapa putih parut, jadi terperanjat jugak la bila tengok harga dah naik singgit sekilo! dah jadi rm6.50/kg kelapa putih ni.dan yang kelapa biasa tu pun sama jugak, singgit sekali naik rega jadi 6 hengget da! kita sebagai pengguna, apa pilihan kita kalau nak buat serunding cam ni....kena beli jugak la kan, ataupun nak kena balik kampung tanam kelapa....tp kelapa kat kampung pun dah tak leh nak berbuah dikejakan dek monyet yang dah beranak pinak pindah ke kampung... hutan dah tak de dah la ni...apa nak buat, kalau santan bole lah substitute, tapi kelapa? apakah nanti akan ada genetically modified kelapa pulak. ada bran nak guna ker? ishhhhh!!!! bak kata menteri tu.... kalau barang mahal, jangan beli! mudah kan!

resepi serunding ni kak rose amik kat blog tiffinbiru CMG. mekasih ya mat. banyak kali dah kak rose buat guna resepi ni...menepati selera jawa kak rose le kiranya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

WW: ubi goreng jer....

ubi kayu yang dah mahal sekarang ni...kalau ada tanah mau tanam sendiri je!

Monday, November 25, 2013

Jagung manis

 tak rajin nak masak nasi, kita makan jagung manis je pun boleh kan... kalau nak beli jagung manis cam ni kat pasar malam pun dah mahal kan...so the best option kita buat sendiri jer... meh nak kongsi resepi yang kak rose amik dari Myresipi oleh aziemas ni. mekasih ya.

Bahan-bahan
  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen ) (kak rose guna dari 2 tongkol jagung fresh)
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka ) (kak rose buh 2 sudu jer!)
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..
sedap, lemak n manis.... sambil ngadap komputer pun boleh habis 2 mangkuk ni....

Sunday, November 24, 2013

Sapu sawang dulu.....

Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua yang masih sudi singgah kat rumah kak rose yang dah bersawang berhabuk banyak ni... x tau la....malas ke, x de mood nak mengupdate rumah ni. musim cuti sekolah ni sibuk jugak dengan undangan kenduri sana sini, masak dam makan cam biasa, cuma x rajin nak menamik gambar bagai dan sudahnya dapur maya ni terbiar saja...

apa pun untuk gantikan hidangan sosej yang dah basi tu, kak rose hidang roti boom ni pulak untuk sarapan....tapi sayang kuahnya terasa macam hangit gitu. baunya jugak. spoil betul la! kalau makan kat kedai tu maunya mintak tukar kuah yang hangit tu! kalau kawan2 ade kedai makan harap2 jagalah kualiti yang disajikan ya...berniagalah dengan ikhlas agar nanti akan bertambah lah rezeki yang Allah akan bagi. Insya Allah.

Wednesday, November 20, 2013

WW: waktu pernaigaan

kawan2 tau kat mana ni agaknya ya?....

Saturday, November 16, 2013

Sausage ala teriyaki

 semalam ternampak resepi nak kat blog Ayu Curlybabe's Satisfaction tu...tp katanya this menu is for kids, tapi kat rumah ni x dak kid jadi mak pak la yang makannya...sedap la pulak...thanks Ayu kongsikan resepi ni ya, jugak pada Ummi Kuantan tuan punya resepi asal. kak rose mintak izin nak tepek kat sini pulak...

SAUSAGE ALA TERIYAKI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap ABC Heinz (kak rose x letak)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
  5. Angkat dan hidangkan.

x de chicken cocktail, kak rose guna 4 batang italian chicken frankfurter dari ayammas ni.

Friday, November 15, 2013

Apam cokelat

 lama rasanya tak buat apam cekelat ni....asik2 apam beras pebret tu je. bila dah jadi pebret tentulah itu yang dibuatnya dan makan tak jemu2 sampai badan pun dah jadi macam apam dah ni! tapi apam cekelat ni rasanya lebih macam kek kukus, moist n gebus...lagi la laju makan masa panas2 tu... pada sapa2 yang nak mencuba apam sedap ni, kak rose kongsikan resepinya kat sini yang asalnya dari Alma Myr. mekasih share resepi sedap ni ya...


APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

Thursday, November 14, 2013

Talam sagu

 kuih talam sagu yang kak rose buat petang semalam...tapi tang sagu tu terlembik la pulak, sudahnya melepet jer jadinya kuih talam ni. sebenarnya kak rose buat setengah adunan dari resepi ni,tp dah terlebih santan pulak masa masak sagu ni pulak. apa pun mmg sedap buat kak rose yang memang suka apa saja kuih bersagu...mekasih Yatie yang kongsikan resepi ni.

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. kak rose guna acuan kecik2
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

*** kak rose ikut cara macam yatie 

Bahan untuk lapisan atas :

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.

Nasi goreng daun kari

 salam dan selamat pagi...pada yang berpuasa 10 Muharam, jangan tergoda pepagi kak rose tayang nasi goreng daun kari ni ya...mungkin boleh jadikan menu untuk berbuka puasa nanti kan...tak pernah pulak goreng nasi ada buh daun kari, bila terpandang resepi ni kat satu blog tu rasa nak mencubanya...tp biasalah kak rose ni kan jarang masak nasi, so bila ada lebihan nasik terus google balik resepi tu....dan nilah resepi sempoi dari aL-kiSahKu. mekasih ya share idea mempelbagaikan resepi nasi goreng.

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi (nak lagi pedas, lebihkan ye~)
  • Sedikit ikan bilis - nk ganti ngan isi ayam pon boleh
  • Sedikit belacan (kak rose gantikan dengan udang kering)
  • 5 tangkai daun kari - basuh kasi bersih dan lurutkan dari tangkai
  • Sayur sawi @ sayur yg anda suka (kak rose gantika ngan kubis n carrot)
  • Sebiji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Garam. serbuk perasa

Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga hampir lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing. Masukkan ikan bilis dan belacan. Kacau sekejap.
  3. Masukkan daun kari dan kacau seketika. 
  4. kemudian masukkan nasi, sayur dan kacau hingga sekata.
  5. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Kacau hingga sebati. 
  6. Then masukkan serbuk lada hitam, garam, dan serbuk perasa.
  7. Kacau hingga masak dan siap!!!

Wednesday, November 13, 2013

WW: beef lasagna kedai mari

 lapo lak tengok lasagna yang tinggal gambar je ni....

gluppppp!!!

Tuesday, November 12, 2013

Sayur je!

 malas nak masak nasi kita ratah sayur jer la... tak de nasi tak jadi masaalah sbb ada seperiuk sayur labu air ni untuk meratah! makan lah sampai kenyang, itu la kak rose yang malas nak masak nasi tapi perut ni tak tau tuannya sangat tidak rajin...harap tidaklah berlagu keroncong sepanjang hari nanti..

Bahan-bahan

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot)
 
sayur labu air tumis ni mmg dah jadi pebret, resepi sempoi n sedap, berulang2 buat la jadinya....

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas @ sejuk..

Monday, November 11, 2013

Bubur pulut hitam

Bubur pulut hitam yang cuma tinggal gambar jer.... buat masa hari sabtu lagi, tapi nak jugak tepek kat sini...resepi kak rose cnp dari Nor Secubit Garam, mekasih ya..

BUBUR PULUT HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra)

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

Saturday, November 9, 2013

Tukar baru

 kosi baru yang cenonet...tp still makan space.. kecik tapi beso. camner ek nak explain????

 masih suka dengan yang lama ni....walaupun bagak tp mmg selesa nak lepak n baring baring....bukan takat duduk jer tau!

bye bye.... selamat jalan ya. kalau nak simpan pun mmg x de tempat mana nak sumbat kat rumah ni....so belajar la untuk let it go walaupun hati sangat reluctant!

Friday, November 8, 2013

Ayam masak merah n the gang

ada hari2 yang  tukang masak pun buntu apa nak disediakan untuk hidangan keluarga kan....sama lah cam kak rose ni, bila tanya isi rumah ni selalunya dapatlah jawapan yang standet...sianak kata entah, siayah pulak...mama masak je la apa yang ada...kiranya tukang masak diberi kuasa veto untuk nak masak...so suka suki masak la jadinya.... janji happy dan perut kenyang.

 so tukang masak dengan gembiranya buat ayam masak merah ni. kalau ada yang nak makan mmg kita jadi rajin jugakla nak masak. nanti bila anak dah balik ke u, pasti dapo x berasap lagi la...resepi ayam masak merah ni dari Myr oleh choppy.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya (x de, gantikan dengan daun bawang)
  • (2 sudu besar sos cili - yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
 
 jelatah sempoi2.... nenas+timun+cili+bawang

ayam masak merah n the gang..... nasi beryani, kari daging berkerisik leftover dan jelatah sempoi2.... Alhamdullilah kenyang sudah.

Kuih Vadai

 salam dan selamat pagi Jumaat yang mulia pada kawan2 semua...sekejap je dah nak sampai kehujung minggu lagi. dan minggu lepas kita semua merayakan deepavali, jadi tekak pun teringin nak makan something that yang ada kaitan dengan deepavali tu.... eh! ade ke kaitan kuih ni dengan perayaan tu? hari2 pun boleh makan kuih ni kan... cumanya kalau beli  kat gerai tepi jalan, sebiji cenonet tu pun dah 50sen n very the nipis je kuihnya. mungkin sekarang kalau harga masih sama tapi saiz dah berubah jadi bertambah kecik. kalau kat restoran lagi la mahal kan?...so the best solution, buat sendiri je la....makan la sampai puas, nak rasa deepavali sangat kan!

 mudahnya dunia sekarang, kalau dulu tak pernah terpikir boleh buat sendiri kuih ni, kini semuanya dihujung jari...petik je mouse, cik google sedia carikan resepi. cumanya vit. r tu kena selalu ada untuk membuatnya. resepi ni kak rose pernah buat dulu dari rinnchan, meh kak rose kongsikan kat sini untuk sapa2 yang nak cuba buat kuih ni....feeling2 deepavali gitu!

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

 kak rose buat double the adunan...boleh makan sampai jadi aci gitu! frozenkan dulu n masuk dalam zipper bag. simpan dalam freezer. bila2 nak feeling2 deepavali lagi, just thaw n goreng. senang kan.

cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulag yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing.

Thursday, November 7, 2013

Kari daging berkerisek

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua...pagi pagi hari kak rose dah tayang gulai daging ni. sebenarnya gulai ni kak rose masak semalam lagi, tapi x sempat nak merasa lagi sbb bila dah siap masak suma terus g ikea cuci mata n poket jugak...kalau dah g ikea tu tentulah tak cukup kalau sejam jer kan...so gulai yang dah masak kat rumah tu kira untuk next day punya.  kiranya pagi ni baru nak merasa....dan balik dari briskwalk tadi terus buat lempeng nak gandingkan dengan kari daging ni...

 resepi kak rose amik dari sini, mekasih ya.... sedap banget makan lempeng cicah dengan gulai kari ni. pekat, lemak kaw2 punya! berbaloikah satu jam briskwalk kak rose pagi ni...tu nnti lain kira lah, isi perut dulu dengan gulai sedap nih! meh kak rose kongsikan resepinya kat sini...

Bahan-bahan:

300g daging lembu/kerbau-dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan santan pekat
1 sudu kerisek
4-5 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Kira-kira 2 cawan air
Air asam jawa (kak rose guna asam keping)
Garam dan gula secukup rasa
Ubi kentang-dibelah 4

 pacake melayu cicah gulai kari daging berkerisek...
makan sampai x hengat! 3 keping tuuuuu!
 Cara-cara:

  1. Perap daging dengan rempah kari daging selama lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Campakkan rempah 4 sekawan(k.k.manis, buah pelaga, b.cengkih dan b.lawang).
  3. Tumis sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau gaul hingga rata. Biarkan seketika.
  4. Masukkan air secukupnya(untuk mengempukkan daging) dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk sepenuhnya.
  5. Masukkan santan, kerisek, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan kentang.
  6. Apabila kentang telah empuk, bolehlah tutup api.

Wednesday, November 6, 2013

WW: makan makan

 the main dish

the dessert

Tuesday, November 5, 2013

Tauhu kukus sambal udang kering

 salam Maal Hijrah buat semua....dan tahun baru ni kak rose mulakan dengan menderhaka resepi tauhu lembut ni....maaf ya HaSue, amik resepi dan bahan yang sama tapi memandai olah sendiri cara masak tu... instead of berhias dengan udang kering kak rose dah leburkan semua bahan n tumis... kes tersalah information.... baca x abes. jadi la gitu ghopanyer! so kalau kawan2 nak tengok yang tauhu lembut ni betul2 berhias sila lah g ke blog HaSue tu ya.

resepi asal dari HaSue....

Bahan2:

* 1 ketul tauhu lembut
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi dan dikisar halus menggunakan pengisar bhn kering)
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1/4 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh lada putih
* Daun bawang,daun sup,cili hiris dan bawang goreng untuk hiasan tambahan
(sebiji cili merah - yg ni kak rose tambah n blend sekali ngan udang)

Cara:

1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih,sos tiram dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
4. Selamat mencuba..

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Asalamualaikum dan selamat menyambut Maal Hijrah buat semua. semuga tahun yang mendatang akan menjadikan kita lebih baik dari yang sebelum2nya, dipermudahkan urusan dan sentiasa mendapat keberkatan dari Nya. Amin.

Nasi ayam butter

 nasi ayam butter yang dah banyak kali buat....sedap dan menepati selera kami sekeluarga. sementelah hari ni en asben bercuti dan anak pun ada, rajin la kak rose masak nasi...nak makan punya pasal kena lah rajin kan. semalam dah seharian makan kat luar, kalau hari2 cam tu boleh koyak rabak poket tukang bayar dibuatnya....bahan2 mentah dan lauk pun dah beli banyak semalam, so masak dirumah je. yang penting boleh makan berulang2 sampai malam!

 resepi nasi ayam butter ni kak rose amik dari hana, dan resepi ni jugak yang kak rose buat berulang2 kali. mekasih ya Hana, kak rose tepek sekali lagi kat sini..

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong (kak rose guna 3 keping whole leg)
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.
UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)
UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan. Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Hasil memancing semalam....

 
 peralatan menyiang.... parang, pisau, gunting dan garfu...keratif kan.

hari minggu pergi memancing? ya..... memancing kat tesco jer. senang n sure dapat ikan apa saja yang dikehendaki kan.  dan bila dah dapat ikan tu terus la g kat tempat budak yang tolong siang kan tu.... memang biasa pun ikan siakap ni derang tolong siangkan tp semalam "kak, ikan besar2 jer yang boleh tolong potongkan" ha????? uwaaa!!! derang x nak tolong, buang sisik pun x nak! so, kenala buat sendiri. baru tau camner susahnya nak buang sisik ikan ni....berterbangan satu dapo!

setelah setengah jam.... siaplah menyiang 4 ekor ikan siakap nih. kalau jadi butcher dah lama kena buang  kerja dah ni! nasib baik ade en asben yang rajin nak tolong, dengan kreatifnya guna garfu untuk cakar sisik....tp ya Allah, berterbangan merata sisik tu...kita jugak la yang kena kemas sudahnya...

pack individually, senang nak defrost n masak nnti kan... dah siap semua, g makan kat luar pulak... ari minggu kan.

Sunday, November 3, 2013

Ulang tayang!

 rasanya lama jugak x buat apam pebret nih... ya lah kalau nak masak nasi pun dah malas mana nak datang bahan untuk buat apam beras ni kan???? agaknya kalau tak payah bubuh nasi dalam adunan tu menjadi ker apam beras ni? apa pun bila ada belen nasi tengahari semalam, terus lah buat apam ni...lupa lah bubuh kelapa masa amik gambar tadi... so togel je la rupa paras apam ni...

 sangatlah nyaman bila dapat makan apam 
cicah dengan kelapa bersama nescafe o kurang gula!

mekasih pada yang sharekan resepi apam beras yang jadi pebret kak rose ni....

Bahan-bahan


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 
Cara-cara


  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Saturday, November 2, 2013

Happy Deepavali....

Perayaan cahaya. happy deepavali to all indian friends dan semua yang menyambut perayaan deepavali ni... pada yang x menyambutnya tapi sama2 bercuti panjang, kak rose ucapkan selamat bercuti dan kalau balik kampung atau pun berpergian berhati2 dijalan raya....semuga semuanya selamat pergi dan kembali. Happy deepavali to all sekali lagi.

cuti2 deepavali sambil melayan jeruk buah kaler kaler ni....