Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 12, 2013

Sayur je!

 malas nak masak nasi kita ratah sayur jer la... tak de nasi tak jadi masaalah sbb ada seperiuk sayur labu air ni untuk meratah! makan lah sampai kenyang, itu la kak rose yang malas nak masak nasi tapi perut ni tak tau tuannya sangat tidak rajin...harap tidaklah berlagu keroncong sepanjang hari nanti..

Bahan-bahan

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot)
 
sayur labu air tumis ni mmg dah jadi pebret, resepi sempoi n sedap, berulang2 buat la jadinya....

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas @ sejuk..

3 comments:

Gee® said...

nak meratah jugak..!!!

myda_ahmad said...

hirup kuahnya pun sedap nih!!

cik ayu said...

suka blog akak.. sbb share resepi.. nak masak je tgk sini hihi