Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 8, 2013

Kuih Vadai

 salam dan selamat pagi Jumaat yang mulia pada kawan2 semua...sekejap je dah nak sampai kehujung minggu lagi. dan minggu lepas kita semua merayakan deepavali, jadi tekak pun teringin nak makan something that yang ada kaitan dengan deepavali tu.... eh! ade ke kaitan kuih ni dengan perayaan tu? hari2 pun boleh makan kuih ni kan... cumanya kalau beli  kat gerai tepi jalan, sebiji cenonet tu pun dah 50sen n very the nipis je kuihnya. mungkin sekarang kalau harga masih sama tapi saiz dah berubah jadi bertambah kecik. kalau kat restoran lagi la mahal kan?...so the best solution, buat sendiri je la....makan la sampai puas, nak rasa deepavali sangat kan!

 mudahnya dunia sekarang, kalau dulu tak pernah terpikir boleh buat sendiri kuih ni, kini semuanya dihujung jari...petik je mouse, cik google sedia carikan resepi. cumanya vit. r tu kena selalu ada untuk membuatnya. resepi ni kak rose pernah buat dulu dari rinnchan, meh kak rose kongsikan kat sini untuk sapa2 yang nak cuba buat kuih ni....feeling2 deepavali gitu!

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

 kak rose buat double the adunan...boleh makan sampai jadi aci gitu! frozenkan dulu n masuk dalam zipper bag. simpan dalam freezer. bila2 nak feeling2 deepavali lagi, just thaw n goreng. senang kan.

cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulag yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing.

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Feeling devapali betul tu kak rose dmpi double bahan tu... boleh datang raya rumah kak rose :)

myda_ahmad said...

sedapnyer vadei....aritu cnp resepi abok2 dr blog kak rose nie...halal yea..

Kak Rose said...

Yati, feeling deepavali, nak datang kena bawak muruku pulak...baru betul2 raya!

Kak Rose said...

myda, silakan...kak rose pun kopi dari blog kawan2...

Nour Madihah said...

Waahhh! sedapnye.... my favourite... hihihi... :D