buat apam belang ni semalam lagi....teruja sangat bila nampak kecantikkannya kat blog masam manis tu, so gagahkan diri nak buat la...walaupun rasa n texturenya sangat sedap n lembut, x kan dapat buat secantik ita punya tu.... huwaaaaa....tp mmg sedap, x rugi mencubanya. sila ke blog ita kalau nak tengok keayuan apam belang ni ya.....
mintak izin kak rose kopi kan kat sini resepinya ya...mekasih semua yang kongsikan resepi ni.
APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan
selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.
(Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
2 comments:
seronok tengok orang buat kueh cantik2
diriku tak reti...makan je terer
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/ketagih-rokok-vivix-buat-nafsu-hilang.html
baru tadi duk ingat nk makan apam..hari ni buka blog tgk ada kt dapur akak..suri mintak izin kopi resipi ye kak
Post a Comment