so tukang masak dengan gembiranya buat ayam masak merah ni. kalau ada yang nak makan mmg kita jadi rajin jugakla nak masak. nanti bila anak dah balik ke u, pasti dapo x berasap lagi la...resepi ayam masak merah ni dari Myr oleh choppy.
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam
- sedikit garam kunyit
- ## Bahan-bahan kisar ##
- 4-5 biji cili kering
- 1 cm halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 biji tomato-potong dadu
- 1/2 cawan sos tomato
- ## Bahan Hias ##
- 1/2 biji bawang besar- potong bulat
- kacang hijau secukupnya (x de, gantikan dengan daun bawang)
- (2 sudu besar sos cili - yg ni kak rose tambah)
Cara-cara
- Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
- Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
- Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
- Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
jelatah sempoi2.... nenas+timun+cili+bawang
ayam masak merah n the gang..... nasi beryani, kari daging berkerisik leftover dan jelatah sempoi2.... Alhamdullilah kenyang sudah.
2 comments:
ayam masak merah mmg feveret tun. zaman belajar dulu mmg duk beli ayam msk merah je kat cafe.
Looks yummy!
Post a Comment