Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 3, 2013

Ulang tayang!

 rasanya lama jugak x buat apam pebret nih... ya lah kalau nak masak nasi pun dah malas mana nak datang bahan untuk buat apam beras ni kan???? agaknya kalau tak payah bubuh nasi dalam adunan tu menjadi ker apam beras ni? apa pun bila ada belen nasi tengahari semalam, terus lah buat apam ni...lupa lah bubuh kelapa masa amik gambar tadi... so togel je la rupa paras apam ni...

 sangatlah nyaman bila dapat makan apam 
cicah dengan kelapa bersama nescafe o kurang gula!

mekasih pada yang sharekan resepi apam beras yang jadi pebret kak rose ni....

Bahan-bahan


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 
Cara-cara


  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantiknya akak mewarna, rajin!!

Gee® said...

Canteknyaaa.... dh lama tak buat apam...terlior laaa

kasihredha said...

cantikksss...colourful

azieazah said...

Kaler tu yang tak tahan tu. Terlior memalam nih!