Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 7, 2013

Kari daging berkerisek

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua...pagi pagi hari kak rose dah tayang gulai daging ni. sebenarnya gulai ni kak rose masak semalam lagi, tapi x sempat nak merasa lagi sbb bila dah siap masak suma terus g ikea cuci mata n poket jugak...kalau dah g ikea tu tentulah tak cukup kalau sejam jer kan...so gulai yang dah masak kat rumah tu kira untuk next day punya.  kiranya pagi ni baru nak merasa....dan balik dari briskwalk tadi terus buat lempeng nak gandingkan dengan kari daging ni...

 resepi kak rose amik dari sini, mekasih ya.... sedap banget makan lempeng cicah dengan gulai kari ni. pekat, lemak kaw2 punya! berbaloikah satu jam briskwalk kak rose pagi ni...tu nnti lain kira lah, isi perut dulu dengan gulai sedap nih! meh kak rose kongsikan resepinya kat sini...

Bahan-bahan:

300g daging lembu/kerbau-dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan santan pekat
1 sudu kerisek
4-5 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Kira-kira 2 cawan air
Air asam jawa (kak rose guna asam keping)
Garam dan gula secukup rasa
Ubi kentang-dibelah 4

 pacake melayu cicah gulai kari daging berkerisek...
makan sampai x hengat! 3 keping tuuuuu!
 Cara-cara:

  1. Perap daging dengan rempah kari daging selama lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Campakkan rempah 4 sekawan(k.k.manis, buah pelaga, b.cengkih dan b.lawang).
  3. Tumis sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau gaul hingga rata. Biarkan seketika.
  4. Masukkan air secukupnya(untuk mengempukkan daging) dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk sepenuhnya.
  5. Masukkan santan, kerisek, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan kentang.
  6. Apabila kentang telah empuk, bolehlah tutup api.

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nampak pekat kuahnya kak rose.. sure sedap.. boleh cuba ni :)

Gee® said...

Sedapnya.... bak nk semangkuk...!

Bbwana adienia said...

sedapnya kak..