Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 27, 2013

Serunding kelapa udang kering

bila rasa teringin nak makan pulut serunding, kenalah buat serundingnya dulu kan...dan bila dah lama tak beli kelapa putih parut, jadi terperanjat jugak la bila tengok harga dah naik singgit sekilo! dah jadi rm6.50/kg kelapa putih ni.dan yang kelapa biasa tu pun sama jugak, singgit sekali naik rega jadi 6 hengget da! kita sebagai pengguna, apa pilihan kita kalau nak buat serunding cam ni....kena beli jugak la kan, ataupun nak kena balik kampung tanam kelapa....tp kelapa kat kampung pun dah tak leh nak berbuah dikejakan dek monyet yang dah beranak pinak pindah ke kampung... hutan dah tak de dah la ni...apa nak buat, kalau santan bole lah substitute, tapi kelapa? apakah nanti akan ada genetically modified kelapa pulak. ada bran nak guna ker? ishhhhh!!!! bak kata menteri tu.... kalau barang mahal, jangan beli! mudah kan!

resepi serunding ni kak rose amik kat blog tiffinbiru CMG. mekasih ya mat. banyak kali dah kak rose buat guna resepi ni...menepati selera jawa kak rose le kiranya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila tengok serunding kelapa dengan udang kering ni Kak Rose, teringat saya masa menunaikan haji tahun 2007 yg lalu, inilah lauk yg dibuat oleh mak, mak kata kena buat bekalan ini untuk makan masa wukuf di Arafah dan Mina sebab tiada lauk yg sesuai kat sana untuk dimakan masa tu... Benar kata kata emak tu, ini lah lauk yg menyelerakan saya, kalau tak makan nanti tiada tenaga pulak nak pergi melontar... ehe panjang pulak celoteh ..

Mahal juga kelapa parut putih sekarang ye kak rose sampai 6 hengget... patutlah bila beli pulut panggang , ciput jer serunding nye...

Gee® said...

Sedap cicah pulut kepal ni....

Aqiqah Bandung said...

Salam Silatuhami dari Layanan Aqiqah Bandung

Ai One said...

Wah 10X .. Resepi serunding kelapa udang kering ? ni saya x pernah dengar lagi .. cuma yg biasa dengar serunding daging , serunding ayam dan serunding ikan jer. Jadi, serunding kelapa udang kering nie mesti best kann ? kena try nih..