Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 14, 2013

Talam sagu

 kuih talam sagu yang kak rose buat petang semalam...tapi tang sagu tu terlembik la pulak, sudahnya melepet jer jadinya kuih talam ni. sebenarnya kak rose buat setengah adunan dari resepi ni,tp dah terlebih santan pulak masa masak sagu ni pulak. apa pun mmg sedap buat kak rose yang memang suka apa saja kuih bersagu...mekasih Yatie yang kongsikan resepi ni.

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. kak rose guna acuan kecik2
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

*** kak rose ikut cara macam yatie 

Bahan untuk lapisan atas :

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.

No comments: