Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 14, 2013

Nasi goreng daun kari

 salam dan selamat pagi...pada yang berpuasa 10 Muharam, jangan tergoda pepagi kak rose tayang nasi goreng daun kari ni ya...mungkin boleh jadikan menu untuk berbuka puasa nanti kan...tak pernah pulak goreng nasi ada buh daun kari, bila terpandang resepi ni kat satu blog tu rasa nak mencubanya...tp biasalah kak rose ni kan jarang masak nasi, so bila ada lebihan nasik terus google balik resepi tu....dan nilah resepi sempoi dari aL-kiSahKu. mekasih ya share idea mempelbagaikan resepi nasi goreng.

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi (nak lagi pedas, lebihkan ye~)
  • Sedikit ikan bilis - nk ganti ngan isi ayam pon boleh
  • Sedikit belacan (kak rose gantikan dengan udang kering)
  • 5 tangkai daun kari - basuh kasi bersih dan lurutkan dari tangkai
  • Sayur sawi @ sayur yg anda suka (kak rose gantika ngan kubis n carrot)
  • Sebiji telur
  • Serbuk lada hitam
  • Garam. serbuk perasa

Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga hampir lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing. Masukkan ikan bilis dan belacan. Kacau sekejap.
  3. Masukkan daun kari dan kacau seketika. 
  4. kemudian masukkan nasi, sayur dan kacau hingga sekata.
  5. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Kacau hingga sebati. 
  6. Then masukkan serbuk lada hitam, garam, dan serbuk perasa.
  7. Kacau hingga masak dan siap!!!

7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Macam best jer macam best jer... boleh Cuba ni kak rose
;)

Nur A.Z said...

kacang je ni..dah lame x mkn nasi goreng, nak goreng lah mlm ni..

Gee® said...

Nasi goreng mmg evergreen...tak pernah jemu makannya.... cer try buat nasi goreng bunga kantan lak.... sedap taw!

Kak Rose said...

nasi goreng biasa jer, tp wangi dengan bau daun kari tu..sedap tau Yati

Kak Rose said...

Nur, kena sediakan dau kari dulu ya, barulah goreng nasi tu... mmg kacang jer!

Kak Rose said...

Gee, x dak bunga kantan, daun kari pun jadilah...

Mimiey.. (^-^) said...

sedapkan kak makan nasi smbil gigit2 daun kari~~~