Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 4, 2013

Nasi ayam butter

 nasi ayam butter yang dah banyak kali buat....sedap dan menepati selera kami sekeluarga. sementelah hari ni en asben bercuti dan anak pun ada, rajin la kak rose masak nasi...nak makan punya pasal kena lah rajin kan. semalam dah seharian makan kat luar, kalau hari2 cam tu boleh koyak rabak poket tukang bayar dibuatnya....bahan2 mentah dan lauk pun dah beli banyak semalam, so masak dirumah je. yang penting boleh makan berulang2 sampai malam!

 resepi nasi ayam butter ni kak rose amik dari hana, dan resepi ni jugak yang kak rose buat berulang2 kali. mekasih ya Hana, kak rose tepek sekali lagi kat sini..

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong (kak rose guna 3 keping whole leg)
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.
UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)
UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan. Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

7 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Menggoda betul nasi ayam butter kak rose ni... nanti nak cuba lah pulak :)

suri solehah said...

Sedap kak rose,,terliur pulak tgk..hari ni kami mkn bubur nasi je..kesmalas suami takde

tun_telani said...

salam kak rose.. sedap2.. tun mmg suka mkn nasi ayam.. betul tu kak, kalau makan kat kedai kerap mmg boleh lari bajet. smlm tun gi miri, lunch kat kenny rogers, alahai, mkn 2 org je, amik set yg 1/4 ayam tu, RM50++ terkejut tgk harga lg mahal dr menu, rupa2nya ada extra service charge + gst lagi.. huhu

Kak Rose said...

Yati, sebenarnya tergoda dengan nasi ayam berempah tayangan yati tu ler....

Kak Rose said...

Suri... sllu dok sorang mmg x masak ler, tp ni semua ada kena rajin sket kedapur tu!

Kak Rose said...

betul tu tun... dahla ayam cenonet sangat, tp rega mmg cekik darah..itu la kr.

Unknown said...

nak try esk pg lah KakRose :) tk.