Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 24, 2013

Sapu sawang dulu.....

Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua yang masih sudi singgah kat rumah kak rose yang dah bersawang berhabuk banyak ni... x tau la....malas ke, x de mood nak mengupdate rumah ni. musim cuti sekolah ni sibuk jugak dengan undangan kenduri sana sini, masak dam makan cam biasa, cuma x rajin nak menamik gambar bagai dan sudahnya dapur maya ni terbiar saja...

apa pun untuk gantikan hidangan sosej yang dah basi tu, kak rose hidang roti boom ni pulak untuk sarapan....tapi sayang kuahnya terasa macam hangit gitu. baunya jugak. spoil betul la! kalau makan kat kedai tu maunya mintak tukar kuah yang hangit tu! kalau kawan2 ade kedai makan harap2 jagalah kualiti yang disajikan ya...berniagalah dengan ikhlas agar nanti akan bertambah lah rezeki yang Allah akan bagi. Insya Allah.