Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 5, 2019

Kek marble moist

Asalamualaikum dan salam jumaat...
lepas majlis bacaan surah Al-Kahfi meh la menghadap dapo maya ni...

 kek yang kak rose buat masa makan2 raya kat rumah ni... tak sempat nak posing2 sbb tuan rumah kebizian menyediakan hidangan menu yang lain... selain kek ada jugak laksa johor, soto nasi impit, bubur kacang, buahan dan tidbits... cookies raya yang ada cuma lah tat nenas kerang yang kak rose buat sebelum raya tu.. walaupun menu cuma tiga jenis jer, tapi sbb nak sediakan dalam kuantiti yang banyak, memang amik masa bila tak de assistant kan..

meh la kak rose kongsikan resepi kek marble moist ni... kak rose cnp resepi dari sini. mekasih ya..

Bahan-bahan
(A)
250g mentega
190g gula kaster/ halus

(B)
5 biji telur gred B

(C)
250g tepung kek/ gandum - ayak 
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt butter oil/ esen vanilla

(D)
30ml double cream/ whipping cream dairy
60ml fresh milk/ susu cair
* Kalau tak ada krim boleh guna sepenuhnya fresh milk/ susu cair*

(E)
Pandan paste sedikit + warna hijau
Coklat paste + warna coklat
warna kuning sedikit
 
Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200c api bawah selama 10 minit dan turun suhu pada 170c ketika membakar.
  2. Pukul bahan A selama 3 minit sehigga sebati sahaja. Jangan pukul sampai kembang ye nanti tekstur kek menjadi kering.
  3. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
  4. Kemudian masukan bahan C selang seli dengan bahan D dan di akhiri dengan tepung. Kacau sehingga rata dan sebati.
  5. Bahagi kepada 3 bahagian dan beri setiap bahangain dengan bahan E.
  6. Masukan adunan yang telah di warnakan  ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan di lapik kertas minyak. 
  7. Masukan 1 senduk setiap adunan dan akhir sekali carik sedikit dengan lidi satay atasnya untuk menjadikan corak marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit sehingga masak. Bergantung kepada oven masing-masing. 
  9. Bila dah cukup tempoh boleh di cucuk dengan lidi satay. Kalau adunan tidak melekat bererti kek sudah masak dan sekiranya masih melekat lanjutkan sedikit masa membakar sehingga masak sepenuhnya.
  10. Keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya sebelum di potong.
 

2 comments:

#JMBELOG said...

sedap

kena cuba nie

Unknown said...

Sedap kek ni kak rose.. Mohon salin resepi ye... Dri ita meru klang... Salam perkenalan.. Td ptg bru je kita jumpa.. Psl rumah yg kat rose bli tu.. Semoga dipermudahkan urusan nti