Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 1, 2018

Iftar#15 onde onde keledek sedappp

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 16
salam jumaat 1 June dan happy 0 GST

 kali kedua buat kuih ni dalam bulan puasa ni.  tapi hari tu buat buah melaka dan kali ni dan tukar nama jadi onde onde pulak.. tapi yang ni pastinya lebih sedap dan lembut jer... sebab ade keledek dalam adunan tepung tu. dan kaler ori dari keledek tu yang cantik. kalau kawan2 nak cuba, kak rose kongsikan resepinya kat sini...

Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi. 

 ade jugak potato wedges... store bought yang dah ready. dari freezer terus ke fryer and the wedges are ready. makan cicah dengan cili sos. sedap.  senang kerja tukang masak kan..

 buah semalam.... fragrance pear dan sour plum yang manissss

 tak de idea dah nak masak lauk apa... dada ayam goreng bersambal campur dengan kentang goreng dan bawang besar banyak2...

masak lemak ciliapi telo itik yang togel jer, tak de additional dayang2 pengiringnya.

No comments: