Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 17, 2016

Sweet potato fritters

 Asalamualaikum dan selamat bertemu kembali.... fuhhhh fuhhhh.... buang habuk dan sawang yang banyak bertepek kat merata tempat dulu.... maklumlah, tinggalkan rumah selama tiga minggu dan rumah maya pun tak terjenguk jugak... dua minggu berkampung kat sepital sbb jaga mak yang admitted dan pas tu seminggu pulak duk kat rumah abang, juga temankan mak sehingga pulih sepenuhnya baru lah boleh balik semula kesarang.... dan bila dah balik tu tersangatlah malas nak menghadap menda ni... tapi sayang kalau nak biarkan gitu jer kan.... so gigihkan diri membuang sawang dulu...

 sweet potato fritters ni kak rose buat semasa belum balik kampung hari tu... so tinggal gambar jer la kan. suka dengan kaler keledek ni, sangat lah pepelnya dan bila dah goreng sangatlah rangup krup krap gitu.... resepinya... cuma tukarkan kentang dan guna keledek jer.

BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus (kak rose guna keledek pepel n sebiji kentang)
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
sedikit garam dan ciliflakes

 CARA NYA
 
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan

tu dia.... sebakul potato fritters yang rangup.... makan sambik ngadap tab, tak sedar habis tiga beranak ni meratah... tak perlu pencicah pun ok dah... manis ori dari keledek tu jer.

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum kak rose
lama tak singgah sini
wangi lah fritters tu ada lagi tak???