Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 30, 2018

Selamat bercuti...

Jumpa lagi 2019 nanti...

 musim cuti sekolah, kami geng mengaji petang petang ni pun nak bercuti panjang jugak... maklumlah emak emak ni pun nak jugak bawak anak2 dan keluarga pergi bercuti... makanya kalau kelas mengaji ni terus dibuka, ramai yang tak dapat menghadiri kelas tu... so ustazah amik keputusan untuk kelas ditangguhkan hingga tahun depan... dan untuk penutupan kelas tu, hari terakhir kami pada hari isnin lepas mengaji tu buat lah makan2... masing2 bawak satu menu. sudahnya penuh meja dengan bremacam jenis lauk!

 habis mengaji, maka terus lah open table.. macam2 ada, periuk pun duk atas meja!

 ni jer yang kak rose dapat sediakan... ikan siakap tiga rasa dan nasi seperiuk!. almost a kg ikan ni, nak goreng pun x muat kuali. terpaksa senget2kan kuali antik kak rose tu... hihi

 pilih jer mana satu yang berkenan dihati... ayam masak merah, ayam masak portugis, sambal cendawan, sayur kacang goreng dengan hari ayam, ikan bakar cicah air asam...

 kari ikan tanpa santan, masak asam batang keladi, ikan goreng berempah, ikan jeket bersambal belah belakang.... apam pandan, tepung talam gula melaka, kuih seri muka, strawberry tat, pgm cake pun ade!

untuk yang suka lauk kampung... pucuk daun kayu masak tempoyak... tapi yang paling sedap buat kak rose ialah sayur lemak gandingkan dengan ikan masin đŸ˜‹đŸ˜‹terima kasih semua yang bersama menjayakan program makan2 ni dan berjemaah menternak lemak lah kita ya. dan akhir sekali terima kasih buat ustazah berdua yang tak jemu untuk mengajar kami2 semua... semuga Allah memberkati usaha anda dan kita semua. Aamiin.


No comments: