Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 20, 2018

Cendawan goreng sos tiram

 Ni lauk tinggal gambar jer hihi... sebenarnya sayur cendawan ni kak rose masak minggu lepas lagi... dan dah jadi baja pun tapi nak jugak kongsikan kat sini... buat entry suka suki untuk dapo maya yang hidup segan mati tak mau ni... sayang jugak kalau terbiar jer kan... so entry ni boleh jugak buat rujukan anak cucu di hari nanti kan.... resepi kak rose amik kat sini, tapi dah derhakakan, sbb kita masak dengan apa yang ada kat dapo jer... so pepandai lah nak mengadjustnya, sesuaikan dengan tekak sendiri kan... apa pun terima kasih kongsikan resepi, yang kak rose jadikan panduan untuk memasak cendawan sedap nih!

Resepi Cendawan Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan:
  • 1 paket cendawan tiram 
  • Sedikit putik jagung (dibelah memanjang) (x letak)
  • 6-8 ekor udang (serderhana besar) (kak rose guna fillet ayam)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili api (diketuk)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika.
  3. Tambahkan air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuahnya agak pekat-pekat sedikit.
  4. Kemudian masukkan udang, cili dan putik jagung. Tambah garam dan serbuk perasa. Biarkan putik jagung dan udang agak masak sedikit.
  5. Akhir sekali baru masukkan cendawan dan kacau sekata. Padamkan api. 
  6. Siap dan sedia dihidang

No comments: