Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 5, 2018

Tiap jumaat...

Asalamualaikum..
rutin pagi jumaat kami...

 aktibiti mingguan pagi hari jumaat tuan tanah dan kawan2 muslimat kat kawasan perumahan kak rose ni... ramai geng ni yang dah fully housewife, jadi ini macam aktibiti yb... yang bersara lah hihi. tak rugi join derang ni, walaupun ramai yang former somebody2 tapi bila kat perjumpaan mingguan ni kita sama, walaupun terasa kerdilnya diri ini... huhu...sama2 membaca surah Al-Kahfi dan sama sama mencari redho Allah, Insya Allah.

 dan pot luck kak rose pagi jumaat lepas.. buat satu adunan je untuk tepung pelita ni.. Alhamdulillah, kuih yang home made macam ni memang cepat jer abesnya instead of yang beli kat gerai... maklumlah pepagi hari, ada yang tak sempat nak buat juadah untuk pot luck, so yang mudahnya beli je kan... apa pun yang penting ikhlas dengan apa yang dibawak untuk sama2 kita nikmati selepas bacaan tu...  mana2 yang terhabeskan, kita tapau pulak bawak balik...

 sebelum majlis bacaan bermula... gebang2 dulu...

 seminggu tak jumpa dimajlis ni, macam cerita la gamaknya...

 penuh meja tuan rumah dengan macam2 buah tangan dari yang hadir... kak aji yang tersenyum sebelah kak rose tu bawak nasi arab dalam periu noxxa.... sedap weh. ada mee kari yang sedap hidangan dari tuan rumah, mee goreng, mee hoon goreng dan segala macam kuih... pulut kuning pun ado! dan tupperware kak rose dah kosong dah masa ni... mekasih kawan yang kongsikan resepi tepung pelita yang jadi kesukaan yang hadir..

berebut2 nak senduk nasik arab kak aji... 7 minit dah siap masak kalau guna periuk noxxa ni, katanya... adakah daku kena beli jugak??? periuk yang ada pun tak terguna kan! tengah tunggu noxxa bm yang belum sampai nih!

tuan rumah untuk majlis bacaan Surah Al-Kahfi pagi jumaat lepas.. terima kasih kak Kalsom Abd Aziz yang sediakan mee kari yang sedap.

No comments: