Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 1, 2016

Pai ayam dan cendawan

 Asalamualaikum dan salam February buat kawan2 semua... cepatnya masa berjalan... dah sebulan kita berada ditahun 2016 dan pai yang kak rose buat bulan lepas lagi tapi nak jugak buat entry kat sini... untuk rujukan lain kali kalau nak buat lagi... mana tau ade kerajinan nak buat kan? senang bila dah jumpa resepi yang dah berkenan dihati dan dah terbukti kesedapannya... untuk pastry kak rose guna resepi dari CMG dan intinya kak rose copy dari blog Azie, mekasih pada kedua2nya... tapi kak rose buat beso2 gedabak, pastry tu ngam2 untuk empat biji ni..

 untuk pastry.... dari CMG

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung gandum
150 gram mentega sejuk, didadu kecil
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram atau majerin, tak perlu garam)
4 - 5 camca besar air ais
 
UNTUK PASTRI :-
Satukan tepung gandum, garam halus (jika guna) dan mentega sejuk. 
Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. 
Masukkan air sedikit demi sedikit sambl digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. 
Bulat2kan doh, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
 
 Untuk intinya.. dari Azie Kitchen

500 gm isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil 1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil 4 ulas bawang putih - cincang
120 gm white button mushroom - hiris
2 sudu besar olive oil

Perap ayam dengan:
1 sudu besar oyster sauce
1/2 sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sudu kecil sesame oil
Sedikit serbuk black pepper

1 sudu besar tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 biji telur - pukul (lenser)
 
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi
Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak. 
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.
 
 

 Membuat Pai
 
Panaskan oven pada suhu 180C.
Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm  (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai  yang ditabur tepung.
Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
Sudukan inti ayam ke dalamnya.
Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.
Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi. 
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tengok tu kakrose..
tapi saya tek pernah cuba buat pai..
takut tak menjadi..
kena berani mencuba ni :)

NabilaHasyim said...

macam best je..
nanti nak cuba..
dah lama cari resepi kulit pai ayam..
biasa buat pai epal, ada telur..
yg ni tak ada telur, mgkin lain sikit rasanya..