Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 29, 2016

Ayam goreng kunyit

 masak yang simple dan sedap dimakan...yang pasti dengan bahan apa yang ada dalam fridge... dan lauk yang sentiasa ada cuma lah ayam, be it whole leg, chicken thighs, keels, drumsticks or chicken fillets... memang jarang sangat beli ayam yang seekor gitu sbb ada bahagian2 yang memang tak jalan kalau kat rumah ni.... especially bahagian dada dan kepak tu... so kita beli apa yang nak dimakan je la kan... kalau fillet mahal sangat, kak rose bli jer bahagian keel yang banyak isi tu untuk buat lauk2 cam ni... mudah kerja kan..

resepi ayam kunyit yang berbagai.... ikut la mana yang suka dihati, kita yang buat dia kan... so ikut la tekak sendiri... yg ni kak rose copy dari blog CMG yg femes tu. mekasih ya mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang (kak rose cuma ada holland peas jer)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Ada ayam kat rumah ni kak rose..
Buka puasa nanti mcm nak masak ni lah :)

Kak Rose said...

O... Selamat berpuasa Yati.