Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 3, 2016

Tauhu berlauk goreng

 lama dah ampak resepi ni, tapi tak terbuat lagi... bila beli tauhu jepun tahu yang biasa tu pulak tak de n vice versa... dan kali ni memang beli dua2 sekali baru lah boleh nak mencuba resepi yang lama kiv ni... mulanya ada kawan yang kata sangat sedap, lagi lah teruja nak mencuba kan... tapi kan, dengan sukatan tu memang sangat banyak untuk kami berdua nih..

 dan memula tu kak rose banyak tengok resepi lain, ade yang kata bubuh bawang merah, jadi kak rose pun main potong jer la n gedebum dalam tu... jadi ada rasa manis dek bawang tu.... dan semua bahan tu kak rose cuma potong2 n terus masuk dalam adunan instead of blend bersama tauhu tu... meh kak rose kongsikan resepi yang kak rose dapat dari perkongsian di fb ni... mekasih resepinya ya..

Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
udang @ isi ayam
cili merah
daun bawang
daun sup
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih, serbuk perasa(maggie cukup rasa)
sebiji bawang besar dipotong dadu - yg ni kak rose tambah


caranya:
blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
lepas tu masukkan hirisan daun bwg & ciili merah.perasakan garam ,serbuk lada putih &serbuk maggi cukup rasa.gaul rata
lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dlm bekas plastic.kukus dalam 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.lepas tu potong saiz yg dikehendaki..
pukul 2 biji telur..celup & goreng..

** isi ayam dan bawang kak rose tak blend.

sedap makan panas2 cicah dengan home made sili sos.

6 comments:

Bbwana adienia said...

Wow memang nampak sedap tu kak..teringin nak try buat.. :)

Norhayati Mohd Isa said...

Makan macam tu pun sedap jugakan kak rose..
Ada juga tengok resepi ni FB..

Rizziela said...

sedapnya.. kalau kukus tu..plastik apa yg kita nak guna ek? kalau letak dlm bekas kukus or tray kek boleh x

Kak Rose said...

Bbwana, tak mencuba kta tak tahu kan..

Kak Rose said...

Betul tu Yati... tapi kalau ade cicah lagi la sedapnya.

Kak Rose said...

Rizzeila, kak rose kukus dalam loyang, alas plastik dulu, nnti senang nak keluarkan.