Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 25, 2016

Ayam ungkep

 bila anak dah ada kat rumah ni, selalu lah jugak mama kena masak nasi...  kadang2 pening jugak pikir nak masak apa kan... dan yang penting nak masak yang mudah2 dengan bahan apa yang ada dalam stok yang pastinya.. so hari ni nak tepek ayam ungkep yang cuma tinggal gambar jer ni..

Ayam Ungkep~ by Hana
Bahan-bahan
  • 500g ayam - dipotong kecil (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *1-2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas (ikut la kepedasan memasing ya)
  • 2 batang serai - ketuk. kali nih blend@tumbuk jerk skali
  • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
  • garam
  • air
Cara-cara
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.

1 comment:

Norhayati Mohd Isa said...

Busu cuti semester ke kakrose..

Ada peneman makan tu kak..
Tapi mama dia pulak pening kepala nak fikir masak apa pulak :D

Macam nak masak utk buka puasa karang jer kakrose, dah lama tak masak ungkep.