Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 5, 2016

Apam balik

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari. apa balik yang dah berkali2 kak rose buat, tapi sebab dek suka nak makan dan tak pernah jemu dengan kelembutan apa balik ni. kalau beli memang susah nak dapat yang betul dapat memenuhi citarasa sendiri... kalau buat sendiri ni boleh suka suki bubuh inti dia banyak2... baru lah puas hati kan... resepinya yang dah banyak kali kak rose tepek..

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

1 comment:

Norhayati Mohd Isa said...

Rajin sungguh kak rose buat apam balik..
Bawa utk baca surah al kahfi di Penang juga ke Kakrose..