Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 26, 2016

Homemade cheese





 Asalamualaikum kawan2... jumpa cara2 nak buat homemade cheese ni kat fb, boleh lah mencubanya nanti. boleh buat pizza n lasagna n taruk cheese banyak2 untuk ternak lemak....mintak halalkan kepada yang kongsikan resepi ni untuk kak rose tepek kat sini, sbb kalau dalam fb nnti lama2 cari dah tak jumpa... x pandai nak save kan.  terima kasih banyak2. Resepi ini bukan cream cheese ya. Nama lain adalah paneer atau cottage cheese nama bg sesetengah negara. 

 HOMEMADE CHEESE
**********************
Bahan-bahannya :
----------------------------
1 liter susu segar (**2cwn)
100 ml jus lemon @ cuka makan putih, limau kasturi@ nipis (**4 sd teh)
Secubit garam halus

Peralatan yang diperlukan:
------------------------------------------
1. Periuk stainless steel @ kaca corning.
2. Kain kasa @ tudung kasa bawal yg tidak digunakan lg boleh juga dijadikan sebagai penapis. Pastikan kain bersih dan tiada rambut yg melekat tau!.
3. Sudip stainless stell @ kayu.
4. Mangkuk
5. Tapis
6. Pemberat seperti papan mencincang/pemotong atau mortar batu @ lesung (utk memadatkan)

Cara membuatnya :
------------------------------
1. Tuangkan susu ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana. Kacau sekali sekala. Jgn sampai hangit atau melimpah ye.

2. Bila susu dah mendidih, masukkan cuka@ jus lemon@ jus limau sedikit demi sedikit sambil

3. Apabila susu mula menggelegak, tuangkan sedikit jus lemon @ cuka sedikit demi sedikit sambil kacau. Biarkan seketika dlm dlm 5-10 minit.

πŸ”½Susu akan mengental dan terpisah menjadi gumpalan kecil seakan susu basi dari larutan kekuningan jernih dikenali sbg "Whey". Kacau 2 minit lagi.


4. Letakkan penapis dalam mangkuk dan kain kasa atas penapis itu.Tuangkan kandungan ke dalam kain kasa untuk mendapatkan kepadatan. Tekan2 sikit dengan spatula supaya air keluar.

πŸ”½(Untuk mudah lagi, pulas je kain kasa tu mcm kita nak perah kain basuhan sehingga benar2 tiada air yg keluar). Akan terhasillah satu gumpalan putih dipanggil keju @ cheese.

5. Taburkan secubit garam secara merata dalam gumpalan putih itu dan gaul sebati. Gumpal sekali lagi sampai jadi bentuk bulat padat. Jika rajin, kepal2 dengan tangan. Keju siap! (Rujuk pict tutorial dbwh).
 

6. Penambahan sikit :
Untuk mendapatkan keju yg padat, letakkan gumpalan ini atas belakang mangkuk lain @ periuk dan himpit (spt buat nasi himpit) agar mampat dgn papan pemotong atau lesung batu @ mortar utk hasilkan keju yg padat dan mampat (masih dalam kain kasa).

Biarkan selama 2 jam. Keju pun siap. Bolehla balut dgn clingwrap dan simpan dalam peti sejuk.

NOTA RESEPI :
**************
Jika tak nak guna cheese time tu, balut dlm clingwrap dgn kemas dan simpan dalam peti sejuk dgn segera. Keju ni boleh tahan selama 5 hari dalam peti sejuk / chiller.

 
Resepi ini utk anggaran sukatan 500gm keju yg bernilai lebih rm20. Kos buat tak sampai rm10. Masa persediaan dalam 30 minit.

(**) sukatan dlm resepi adalah utk sukatan yg sedikit bg percubaan bagi yg nak mencuba.

INFO PENTING & TIP :
**********************
Apa itu Air WHEY?

Air dari gumpalan susu yang berwarna kekuningan jernih tu adalah dikenali sebagai Air "whey". Air ni jangan di buang sebaliknya simpan dan gunakan sebagai penganti air sekiranya anda membuat kek, bingka atau cucur. Buat kuih lapis pun sedap sbg penganti santan. Sedap dan berkhasiat. Rasanya agak manis dan berlemak.

Biasanya Air WHEY ini digunakan semula untuk membuat Ricotta Cheese dengan mendidihkan semula air ini dan menapis particle yang terhasil nanti. Tapi utk jumlah yg sedikit ini, guna jelah untuk buat kuih. Ianya kaya dengan protien dan mineral. Air Whey ini perlu disimpan dlm bekas kedap @ bertutup rapat dan di simpan dalam peti sejuk.


2 comments:

Rizziela said...

blh try kan

Fiza Nordin said...

baca saja untuk pengetahuan. nak buat tak rajin :)