Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 17, 2016

Kacang pool

 kes tak leh tengok tayangan amal dari blog kawan2.... terpandang kat rumah maya Kak Noor, punya lah teringin nak makan... seumur hidup tak pernah buat apa lagi makannya... walaupun orang johor tapi tak reti makan ni.... lama sangat dah teringin tapi beberapa kali g tesco nak cari ramly beger tu tak de la pulak... asik tak de stok jer... kali ni sampai g ke tanah besar baru jumpa daging ramly beger ni... yg lain ada banyak tapi rasa nak jugak guna jenama ni..... sampai ke seberang jaya baru jumpa dan tertunai lah hajat dihari nak buat kacang pool ni...

 terima kasih pada Noor yang kongsikan resepinya.... kak rose kongsikan kat sini pulak ya..


Bahan-Bahan:
1 tin kacang panggang dalam tin
400gm daging kisar = 2 keping daging burger (kak rose buh 3 keping)
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris tak de stok
telur mata separuh masak


Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak. (kak rose goreng asing telo tu...)
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.
 Ni la hasilnya, sangat puas hati walaupun 1st time buat n makan jugak... hihi

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Saya pun dah lama teringin nak buat kak rose..
Bila tengok kekawan post entri makan kacang pool haji tu..
Nak ke JB tu jauh nau..
Bila lah nak rajin macam kak rose ni :D

Kak Rose said...

yati... bila kak rose terpandang resepi yang mudah dari KaK Noor ni semangat lah nak mencuba... ayah dan anak pun kata sedap.
Boleh la nanti Yati mencubanya pulak.