Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 22, 2016

Daging goreng kunyit

 lauk simple dan ringkas yang sedap... masuk jer apa yang ada dalam fridge dan resepi kat bawah sebagai panduan. mekasih pada yang kongsikan kat fb

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar- sedap lagi cili solok
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.
**kak rose tambah tomato, potong wadges

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Tadi BW blog Kamsiah pun menu yg sama kak rose..
Dah teringin pulak nak memasaknya :)

Kak Rose said...

tu la, nampak jugak tadi tu... makan dengan nasi hangat2, sedap!

Akak Kembang said...

Resepi mudah...blh try