Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 12, 2016

Ikan siakap tiga rasa

 lama rasanya tak masak ikan cenggini... ya lah bila tinggal berdua dan masak2 pun yang simple dan cepat dapat ngapnya... bila sekarang ni anak dah ade akt rumah, mama pun macam marathon memasak... office kecik sentiasa beroperasi dan mama pun dah stat pening kepala nak sediakan hidangan seharian... so masak je apa yang ade dan menu yang berulang2 pun tak per asalkan ada yang nak makan kan... dan ikan siakap tiga rasa ni antara yang jadi pebret kami sekeluarga... kak rose kongsikan resepinya ya..

bahan untuk nak tabur kat atas ikan tu...  tambah menyelerakan bila ada kaler2 atas ikan tu... dan makan nasi pun bertambah2 jugak!

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 

sedikit tomato n capsicum hijau, di dadu dan jagung-> yg ni kak rose tambah

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram


Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap tu kakrose..
Tu masak berulang kali pun tak apa..

Kak Rose said...

Masak cam ni mmg laju jer.... bertambah2 nasik.