Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 19, 2016

Kuih lopis pulut

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan2 semua... pagi kak rose nak hidang kuih lopis pulut yang tinggal gambar jer ni.... sebenarnya teringat masa masih tinggal di Shah Alam, setiap pagi Jumaat kak rose akan buat kuih untuk majlis bacaan Surah Al-Khafi dengan muslimah kat sana... bila dah berpindah ke Penang ni, masih jugak teruskan bacaan setiap pagi jumaat tu walaupun cuma bertemankan Ipad, tanpa kawan2 muslimah, tanpa kuih2 jugak tanpa gebang2 selepas bacaan.... rindu sangat2!

 dan kuih lopis ni antara yang selalu jugak kak rose buat untuk majlis tu, mudah penyediaannya dan ramai pulak yang menyukainya... meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
  •  *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Macam nak melopis pulak weekend ni bila tengok tayangan gambar kakrose yg menggoda ni :)