Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 31, 2016

Kari daging

 kari daging simple dan sedap... ya itu nama resepinya yang kak rose kopi dari sini... memang sedap buat kami sekeluarga... bila sesekali masak kari camni memang lah sedap, apa lagi kalau guna santan fresh yang pekat kaw kaw punya. bertambah manis kuah kari dengan santan fresh tu. meh kak rose kongsikan resepinya.. boleh ciciah roti canai dah roti jala jugak..

Bahan2

800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus

Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – (kak rose guna santan fresh)
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai



Cara penyediannya

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea…
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar.  Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk. 
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing. 
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…


1 comment:

Nooriah Abdullah said...

kakrode nk kari daging tu nk mkn dgn pulut haha