Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 3, 2016

Abok abok pebret

 kuih dolu dolu yang menjadi pebret sepanjang masa... oarng lama memang suka dengan kuih2 lama ni kan... terutamanya orang kampung macam kak rose ni... suka sangat dengan kuih sagu cam ni.... tapi kalau kenduri kat kampung sekarang ni pun jarang ada kuih lama2 cam ni, kebanyakkannya kuih yang moden2 jer.  kak rose ni asal aje ada daun pisang, mesti teringat nak buat kuih ni... kuih yang mudah dibuat dengan bahan yang sangat minima tapi tetap sedap ditekak kak rose... cumanya nak membungkus tu tetap fail dari dulu sampai sekarang!

 resepi dari cikgunita, mekasih ya... dah berkali2 buat tapi tetap jugak guna resepi ni....

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap. 
** kak rose gaulkan sedikit gula dalam adunan sagu tu.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau ada sikit gula dalam sagu tu barulah tak tawarkan.. selalu makan tawar sagu tu.. jadi sy ngelat makan yg tengah2 jer.. hihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Peberet saya juga ni kak rose..
Kalau ada jual saya beli..
Kekadang yg tak bestnya.
Bila sagunya tak cukup masak :(