Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 5, 2016

Lomak cili api danging+kentang

 masak lomak nisemilan style yang sangat kak rose suka... lemak kaw kaw punya, dan sebab tu la tak boleh makan selalu... tapi gulai lomak cam ni memang pebret sangat, lagi kalau digandingkan dengan ikan masin. bertambah2 nasik dibuatnya... masa menaip ni pun boleh buat kecur air liur taw. jom tengok bahan2nya...

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)

2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air



Cara-Cara
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)

2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

3. Jika daging telah empuk masukkan santan
cair dan air tadi. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.

4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.
 
bird's eye chili yang kak rose guna, fresh from my sekangkang kera garden... cili ni memang kecik2 sangat tapi pedas berapi, jadi memang bertambah jimat sbb guna sikit je.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Perghhhh berasap telingo tu Kak rose..
Kalau perangat kan esok hari lagi bertambah mantop..
Masak Lomak Cili Api nisembilan memang power tu :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy tak pernah dapat masak sendiri masak lemak cili api daging ni.. sebab daging kat umah tu cuma diluluskan utk masak kari, sambal atau kicap. sebenarnya boleh jer kalau nak buat, tapi malas nak masak lauk lainlah pulak nanti.. huhu. sedapkan.. paling sy tak boleh lupa masak lemak ni kat restoran Datuk Chef