Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 28, 2016

Kek gula hangus

 Kek gula hangus yang dah lama kak rose buat tapi nak jugak tepek kat sini... bila lama dah tak buat, sesekali nak jugak makan kek gula hangus ni... permintaan en suami yg nak makan ni.. tuan tanah ni turutkan je la....tapi kejadiannya macam tak berapa nak bersarang sangat la pulakkkk... tapi yang penting sedap dan puas dapat makan kek yang buat sendiri kan...

 bahan2ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

cara:

masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik

nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit
pas tu masukkan air panas tadi
Awas, sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula akan meletup2 sket nanti
pastu gula tu akan jadi macam ketul2 sket bila masuk air
cair kan semula
bila dah cair semula, masukkan mentega dan biarkan larut...
tutup api dan sejukkan...

bahan lain:

7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila


cara:

pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh

pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!


bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Amboi cantik bersarangnya tu kak rose...
Lembut jer bila digigit tu kan :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dulu sy gila buat kek ni.. hihi

Nooriah Abdullah said...

rajinnya kak rose buat kek ni kaknoor belum peenah buat sekali pun seumur hidup ini haha

wanie amin said...

Assalamualaikum kak.
Klo guna telur size B kne tmbh bilangn k?

wanie amin said...

Assalamualaikum kak.
Klo guna telur size B kne tmbh bilangn k?