Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 19, 2016

Kuih seri muka batik

 kuih seri muka batik yang kak rose buat beberapa hari lepas... actually batik kuih ni sepatutnya kena guna pulut hitam, tapi oleh kerana kerajinan untuk mengukus pulut hitam tu memang tak ade, kita gantikan dengan yang mudah2 jer.... maaf sesangat pada tuan punya resepi asal iaitu Yatie sbb kak rose dah memandai menderhakan resepinya ya... walaupun kak rose bubuh sikit jer kaler biru tu, tapi bila dah bergaul jadi almost semuanya biruuuuu gitu...
kak rose kongsikan resepi asalnya kat siani ya..

Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam (kak rose gantikan dengan pulut biru)
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
** kak rose rendam sedikit pulut dengan kaler biru dan masa mengukus tu letak bersebelahan, bila dah masak baru gaulkan dengan yang warna  asal.
 
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.

8 comments:

Gee® said...

Wah! berbatik2 yer... sedap tuuh...

Kakzakie Purvit said...

Pulut biru cantiklah pulak dipadankan dgn hijau
Menarik bila dah di susun:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni namanya seri muka batik sutera Kak Rose... hehehhe.
lawooooo!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantik padanan warnanya Kakrose..
Nampak berseri sungguh seri muka batik ni kakrose..
Masuk mulut saya ni pun lagi sedap hahahah...

Kak Rose said...

Gee, batik malas2... suka suki menderhakakan resepi....hihi

Kak Rose said...

Kakzakie, bila nampak cantik dimata laju je nak makannya kan..

Kak Rose said...

SK, mampu pandang je la kalau batik sutera tu..

Kak Rose said...

Yati.... boleh la mencuba kalau rajin...