Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 4, 2016

Cucur jagung rangup

 ada baki jagung manis setengah tin, so sebelum ianya tamat riwayat meh la buat sesuatu yang sedap untuk hidangan petang2.... cari2 resepi jumpa kat blog CMG, tapi dia guna jagung biasa... yang kak rose ni punya ialah sweet cream corn... tapi apa kisah, kita derhakakan resepi ni dan jadilah cucur jagung rangup kak rose dengan swwt cream corn tu.... cumanya kak rose tak de daun kucai tu... meh kak rose kongsikan resepi nya..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin kecil jagung dalam tin (Ayam brand)
1 biji bawang besar, didadu
15 tangkai kucai, potong pendek (kak rose x dek ni)
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air 
1/4 cawan air panas mendidih
3/4 camc teh garam atau secukup rasa
1/2 camca teh cuka makan JALEN
Sos pilihan anda untuk mencicih


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan jagung dan masukkan ke dalam bekas bersama bahan2 lain kecuali air panas dan sos. Gaul hingga rata. Kemudian tuang air panas mendidih dan kacau pantas hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Sudukan satu camca besar bancuhan cucur jagung ke dalam minyak panas, pastikan anda jatuhkan adunan di tepi kuali, maksudnya dibahagian tepi kuali yang ada minyak. Buat beberapa biji cucur jagung dan biar masak. Balik2kan untuk mendapat masak sekata. Goreng hingga kuning keemasan. 
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Taruk atas tissue dapur bersih agar minyak tersedap. Buat kaedah sama untuk baki adunan cucur jagung hingga siap. Hidangkan bersama sos pilihan anda. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi...
home made cili sos untuk mencicah cucur jagung rangup ni...  x dan nak amik gambo masa dah terhidang dengan sos pencicah tu... makan hangat2 memang rangup, kriuk kriuk especially yang tepi2 tu... best!

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tak pe kak rose..
Janji boleh dimakan..
Dan yg penting jgn smpi jagung tu expired kan..
Nampak sedap tu kak rose ..
Tak teringat pulak nak buat cekodok jagung masa memborong jagung kat pasar pagi Stadium shah alam tu.. 50 sen satu tongkol..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haa.. sama kes sy hari tu Kak Rose. Nak buat pengat jagung, cari2 jagung tin rupanya stok yg ada jagung krim.. sy belasah jer.. laku keras.. hehehe

Kak Rose said...

Murahnya jagung kat pasar stadium... kak rose bli 1.50 setongkol. Kalau ug renus yu lg mahal kan.

Kak Rose said...

SK, pasal menderhakan resepi mmg laju je kan.... asalkan diterima tekak sendiri tu kira ok la kan.