Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 22, 2016

Brokoli bawang putih

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia buat kawan2 semua... semuga kita sentiasa dalam lindungan Nya jua, Insya Allah. dan hari ni kak rose nak kongsikan sayur kegemaran ni... mudah dan sedap pada kak rose la... kalau sapa2 yang suka dengan brokoli, pasti resepi ni boleh jadi keeper... terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepinya... kak rose ni tukang copy jer...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Emmm dapnya..
Sayur pokok Nabil ni :)