Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 7, 2016

Bubur kacang lempuk durian

 bubur kacang versi lempuk durian... lempuk durian given by my mother in law, pure durian punya dah dah berapa lama bertapa dalam freezer tak terusik.... menda makanan ni kalau tuan tanah ni tak potong n hidang memang akan kejung betapa la dalam tu... and since ade orang nak makan bubur kacang, kita masuk je la dalam bubur tu... jadi pekat lak bubur kacang tu. resepi dari blog CMG, mekasih ya mat... tapi ya ampun sbb dehakakan resepi!

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 liter santan
1/2 cawan gula merah*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas) (kak rose guna lempuk durian!)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Gula pasir secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar.

1 comment:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Yeahhhh dpt is idea for hitea nnt
Ada 1 packet kacang hijau x buka lg ni
Best mkn time winter πŸ˜‹πŸ˜Š