Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 9, 2016

Donat gebu, x yah uli..

 donat gebu tak payah uli yang viral di fb membuatkan kak rose pun terasa ingin nak mencuba... kalau nak kira tak berapa suka dengan donat ni... kalau buat pun takut nanti tak de sapa nak makan pulak... tapi bila buat yang ni lain pulak jadinya...kena sangat dengan tekak kami... sekali ngadap 4 biji sorang... pelahap sungguhkan.... tukang rasa pun kata sedap apalagi dengan salut gula icing yang banyak tu.... mekasih yang kongsikan resepinya dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya..

 kalau nak tengok step by step caranya g kat Dari Dapur Aida ni ya... cantik sangat kejadiannya.
DONUT GEBU TANPA ULI
Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.
potongan yang tengah2 tu, kak rose goreng cam ni jer... lagi senang nak ngap.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tengok gak viral kat FB tu kakrose..
Tapi tak buat2 jugak..
Kakrose kata sedap nak buat lah nanti ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nak jugaklah.. kalau makan banyak tak gemukkan???