Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 9, 2011

Ayam phat phet

Salam Jumaat yang mulia semua.... dah habis ker berhariraya? kak rose baru je balik dari rumah MIl dipantai timur.... perjalanan yg x mudah untuk ke rumah MIL dimusim perayaan ni, dengan banyak kenderaan dijalanraya dan x de highway lagilah spend banyak masa dijalanraya.... kak rose balik melalui lebuh raya timur-barat Grik, walaupun jarak perjalanan lebih jauh tp perjalanan agak selesa compare to kalau ikut lebuhraya karak.... memasing punya pilihan lah kan nak lalu mana.... dimusim perayaan cenggini ikut mana2 pun mmg banyak kenderaan dan perlulah sangat berhati2.... Alhamdullilah malam semalam dah sampai semula ke Shah Alam ni....

bila dah lama x bukak rumah maya ni dah jadi lemau lak nak mengupdate kan dapur ni... nak masak2 pun malas apa lagi nak amik gambo n mengedit lg.... tp kerana nak makan masak jugak lah tengahari td...buat ayam phat phet ni dan sayur goreng, makan dengan nasik panas2.... dapat makan nasik, entah bila pulak nak ganti posa pulak.... harap minggu depan boleh mula....meh kak rose sharekan resepi ayam phat phet ni kat sini pulak ya... mekasih widad.


Bahan-bahan
  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...
***** kak rose goreng dulu ayam tu, tp jangan sampai garing sangat.

8 comments:

kyo said...

pnh gak masak ayam lebih kurang camni tapi tak pnh lg letak daun limau purut..nanti nak cubalah.. (:

Kak Rose said...

kyo, cubalah... sedap taw... ada rasa macam rendang pun ya jugak!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Sedapnya ayam...ala ala rendang!!! Yummmy :)

RashAtie said...

nmpk sedap n simple....nanti boleh try buat!!

kasihredha said...

wangi serai dan daun limau purut tu yang best tu kak :)

Kak Rose said...

Love,mmg yummy sangat!

Kak Rose said...

RashAtie, macam rendang yg simple yet soooo sedap!

Kak Rose said...

kasih, mmg betul tu harum semerbak bau serai dan daun limau purut tu.