Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 28, 2011

Puding sagu dengan pati santan

salam dan selamat petang semua.... panas sungguh cuaca ari ni kan dan dah tentu yang sejuk2 je yang jadi idaman.... apa pun yang berasaskan sagu ni mmg jadi pebret kak rose sepanjang masa. dapat menikmatinya sejuk2 tu alangkah nyamannya.... dan buat ni untuk bukak posa petang nanti, so biar dia betapa dulu dalam fridge. tp sungguh x pandai nak guna piping bag, berterabur jadinya pati santan tu.... hehehe....

resepi dari Nor secubit garam yg kak rose copy dari Myr... mekasih ya nor dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak. baru baca kisah Ummi yang naik angin sbb kes curi2 lagi.... x abes2 kan cerita cenggini! kalau dia bagi credit dgn backlink tu pun dah cukup menghargai kan....ni suka2 jer... masuk kat situ dah macam 2nd blog Ummi jer...

Bahan-bahan ( 6 bekas )
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
  • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)
  • Bahan2 utk pati santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
  4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
  5. Cara2 utk membuat pati santan:
  6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
  7. Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan...

8 comments:

Nieza said...

Assalammualaikum kak Rose! apa khabar kak? lama tak berkesempatan nak singgah dapur akak ni...byk dah menu bestx2 tertinggal ni. nantila pelan-pelan saya kejar yer...:)

puding sagu ni dah lama masuk list tapi tak buat-buat juga..tunggu seru dr kak rose lak kot..hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros sejuk tekak nampak ni.Hari ni panas membaham..

ady said...

as-salam kak rose
sedap puding sagu tu mkn sejuk2..

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Nieza, baik2 saja... x pe, kak rose faham situasi nieza... fuh! ni kak rose dah tiupkan vit r kat nieza... semuga cepat kembali pulih dengan resepi2 yg vouge!

Kak Rose said...

Ros, mmg panas sungguh ari ni kan... dapat menu yg sejuk2 ni sedaplah sangat!

Kak Rose said...

ady, tu yg buat awal2. kasi dia betapa dalam fridge dulu sementara tunggu waktu berbuka nanti.

tun_telani said...

kak rose.. tun kalau sagu2 nii mmg cepattt je licinnyer.. tu yg kene kontrol xleh wat kerap nnti bam2 badan ni. hihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose...sedap mkn sejok2 nie.Dulu atie buat kaler merah tp Hb xbape suka nk makan lak.:(