Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 21, 2011

Carrot hazelnut cake

salam dan selamat pagi semuanya.... cuaca mendung dan macam nak hujan jer yg buatkan diri pun rasa malas semacam jer....rasa penat nak mengemas balik segala pinggan mangkuk pun x abes lagi... tp x pe kan, mengemas tu boleh buat pelan2... sambil bermalas2an dan menyambung puasa yg terhenti.... k la, kak rose nak sharekan resepi carrot hazelnut cake yg kak rose buat semasa jamuan raya hari tu.... resepi ni kak rose simpan lama dah dan x ingat amik dari mana. harap tuan punya resepi beri izin kak rose nak sharekan kat sini ya....



bahan2

250gm butter
300gm gula halus
1cmt essen vanilla
8 biji telur (asingkan putih/kuning)
350gm parutan carrot

satukan:
200gm tepung
1cmt baking powder
100gm hazelnut kisar

gaulkan:
100gm raisin
1cmb tepung

cara:
leserkan loyang 20cm dan panaskan oven pada 170 degC

pukul butter n gula hingga kembang & gebu. masukkan esen n pukul lagi 1 hingga 2 minits. masukkan kuning telur satu persatu. masukkan campuran tepung n hazelnut

pukul putih telur hingga putih n ringan

masukkan parutan carrot n campuran raisin. masukkan putih telor dalam 3 batches dan gaul rata menggunakan senduk.

tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30 minits pada suhu 170deg C dan kurangkan kepanasan kepada 150deg C dan bakar lagi selama 30 mts atau sehingga kek masak.

harap Ros Tadika Sinaran akan dapat mencuba dengan resepi yg kak rose dah sharekan kat sini. selamat mencuba!

8 comments:

Anonymous said...

nyummmm carrot cakee....!! memang shedap..tak muak makan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Rose ,Thank u for the resepi.Dah buat kat dapur sinaranmenu nanti Ros hantar sepinggan bagi kak Rose cuba ya.

ma'chiks said...

salam, sudah tentu sedap,kita jamu mata je.

Kak Rose said...

chikadakbiru, betul tu...

Kak Rose said...

Ros, sama2 n cuba jangan x cuba ya!

Kak Rose said...

ma'chiks.. jamu mata pun ak gak kan...

K.Nor said...

luas mata kejap tengok 8bj telur hehe

tun_telani said...

fuhhh......... tun pun 1st time tgk resepi carrot cake yg guna 8 biji telur! kompom xtra sedap ye. tun suka mkn, tp kalau wat kt umah ni, kompom tun sorg je yg mkn. kalau kek coklat tu baru laa laju adik2 tun mkn.