Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 13, 2011

Sagu gula melaka

sagu gula melaka... all time favourite. menu untuk bukak posa hari kedua hari ini. kuih2 sagu ni mmg kesukaan dan sepanjang bulan ramadhan yg lepas pun kak rose banyak buat menu yg guna sagu untuk juadah bukak posa. even nak bawak moreh kemesjid pun kak rose buat sagu gula melaka ni.... kak rose siapkan dalam bekas gelas kecik dan siapkan sudu sekali supaya senang nak makan dan mmg sangat laris... kejap je dah abes. habis terawih terus kak rose boleh kutip dulang yg dah kosong!

guna resepi dari rossitamz ni, tapi kak rose buat separuh jer dari adunan ni, maklumlah nak makan 2 mulut jer... mekasih ya share resepi simple n sedap nih.

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • kak rose tambah pewarna hijau
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan tepung beras (yg ni kak rose tambah)
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

sedap sangat pada kak rose yg sukakan sagu. lemak manis bila dimakan sejuk2...

6 comments:

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose. I love this. Have not eaten this a long time. I love the colours and they look really sedap best!
Ada lagi? Ha ha.
Have a nice day. Keep well.
Lee.

Kak Rose said...

Lee, alamak mmg sedap sangat tp dah abes untuk bukak posa semalam.... kalau dekat boleh kak rose hantarkan he he he...

Anna Qawina said...

aslmkm kak Rose: poser lg harini? sedap nih mkn sejuk2..hihi..hish..pantang lg..huhu

Lieya said...

Sedapnyeeeeeeee

HALAMANKU said...

mmmm kak Rose sedaptu.. mkn sejuk2 mmmm nyamannyer...

Sofea said...

singgah dapur k.rose..sedapnyer!