Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 10, 2018

Puding jagung

 puding jagung yang sangat nyaman bila dinikmati masa cuaca panas2... laju jer menyuap puding yang lembut sejuk ni... tak sedar tiga potong ni sekejap jer dah hilang dari piring... ada yang sukakan puding yang sejuk macam kak rose ni ker? apa pun jom tengok resepinya...

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan kara ----> lemaknya!)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

2 comments: