Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 10, 2017

Balik kampung

 Asalamualaikum dan selamat pagi minggu buat kawan2 semua... semuga semua ceria disamping keluarga tersayang... dan kak rose baru jer balik dari kampung ziarah mak ... sebulan sekali kak rose balik naik bas jer... balik sorang, lebih jimat kalau naik bas jer, cumanya memang amik masa nak sampai kerumah lah kan...tapi bas sekarang ni memang selesa dan deretan bas dalam gambar ni masa bas berenti untuk refresh kat yong peng sebelum meneruskan perjalanan ke JB...

 balik dari kampung kali ni terbang pulak.. sejam dah sampai. tak la terasa penat sangat sbb bulan ni memang kak rose banyak sangat berjalan... JB, KT, Narathiwat dan ni sekali lagi balik Johor.. sampai dari Narathiwat pada hari isnin dan petang selasa tu pulak kak rose amik bas balik johor... dan pagi semalam balik semula ke shah alam. rasa macam nak demam badan ni... maklumlah badan dah tak berapa nak muda ni, perlukan rehat jugak kan..

 tah de sky-bridge... bapak main jauh jalan kat tarmac nak sampai kat tangga ni! tengah panas pulak tu!

 refreshment dalam flight... karipap kentang n mango juice.

seventeen thousand feet above the sea level... n next two weeks kena balik lagi sbb urusan kat pejabat tanah dan lhdn pulak dan juga untuk hantar mak follow-up di hospital hebhk, kluang... semuga dipermudahkan.

1 comment:

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.