Asalamualaikum dan berjumpa kembali di dapo maya kak rose ni..
Alhamdulillah, home sweet home selepas jauh perjalanan hari raya kami... malam hari raya baru lah kami berpeluang balik ke kampung... walaupun tak dapat berkumpul dirumah peninggalan arwah mak bapa, tapi Alhamdulillah adik beradik yang yang lain juga balik dan berkumpul dirumah adik... dan kami ramai2 sewa homestay yang berdekatan. yang penting dapat salam bermaafan dipagi raya yang penuh dengan emosi...
dan dipagi raya tu jugalah mendapat perkhabaran duka apabila makcik kami iaitu adik arwah mak meninggal dunia..so memang tak sempat nak berposing2 macam biasa lah. selepas solat dan salam raya, jamah sedikit breakfast terus kami semua bergegas ke rumah arwah mak cik untuk ziarah... takziah untuk sepupu2 kami yang baru saja kehilangan arwah bapanya yang juga dijemput Ilahi sembilan hari sebelum emaknya pula menyusul... Al-Fatihah buat mereka berdua...
pagi raya kedua kami dah bertolak semula balik ke shah alam sbb en asben kena kerja, gantikan pegawai yang bercuti. nasib baik jer jalan balik tu tak lah jem walaupun baaaaanyak kereta dilebuhraya... dua hari dirumah, pagi sabtu kami bertolak pulak untuk beraya dirumah emak en suami... kereta juga banyak, tapi heading north masa ni smooth jugak lah...
2 comments:
Wah beraya di dua negara.
Waah hebat,.
Post a Comment